UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Badminton Dunia BWF: Langkah Lee Zii Jia terhenti di pusingan ketiga

Langkah perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF terhenti setakat pusingan ketiga.

Astro Arena
Thu Aug 25 2022
Badminton Dunia BWF: Langkah Lee Zii Jia terhenti di pusingan ketiga
Zii Jia tewas kepada pemain bukan pilihan dari China, Zhao Jun Peng, di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi. - Stadium Astro
LANGKAH perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF terhenti setakat pusingan ketiga selepas tewas kepada pemain bukan pilihan dari China, Zhao Jun Peng, di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi.
 
Turun selaku pilihan kelima, Zii Jia, yang menarik diri daripada mewakili negara dalam Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini, seakan-akan terperangkap dengan permainan lawan sebelum tewas dalam aksi tiga set.
 
Bagaikan ada yang tidak kena dengan jaguh negara itu pada penghujung set pertama sehingga dia ketinggalan 20-16 dan biarpun cuba melakukan kebangkitan, Zii Jia terpaksa akur melepaskan set berkenaan dengan kekalahan 21-19.
 
Aksi lebih baik dipamerkan pemain berusia 24 tahun itu dalam set kedua, di mana dia tidak pernah ketinggalan sejak mengikat kedudukan 2-2 sebelum mencatatkan kemenangan selesa 21-11, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaimanapun, skrip dalam set pertama kembali berulang dalam aksi penentuan, di mana Zii Jia mensia-siakan kelebihan mendahului 14-10 sebelum tewas 21-19 selepas bertarung selama sejam dan lima minit untuk akur gagal ke suku akhir. -- Stadium Astro

#Kejohanan Badminton Dunia BWF#Lee Zii Jia#Zhao Jun Peng#tewas kepada pemain bukan pilihan
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor

Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor

Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
AWANI Ringkas: GISB: Penjaga rumah amal didakwa

AWANI Ringkas: GISB: Penjaga rumah amal didakwa

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy

Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy

Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Baling dilanda banjir kilat, tujuh PPS dibuka

Baling dilanda banjir kilat, tujuh PPS dibuka

Hujan lebat berterusan semalaman menyebabkan tiga daerah di Baling dilanda banjir kilat sekali gus seramai 199 mangsa terpaksa dipindahkan untuk ditempatkan di tujuh PPS
Mangsa banjir di Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka

Mangsa banjir di Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka

Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian dan Larut Matang Selama di Perak meningkat sekali ganda kepada 200 orang dari 67 keluarga, setakat jam 10 pagi jumaat berbanding 79 orang dari 29 keluarga, semalam.

Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden

Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden

Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak

Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak

Seorang lelaki yang merupakan penjaga rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah mendera kanak-kanak di salah satu rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor pada Jumaat.
IPTA di Pantai Timur dinasihat buat persiapan awal

IPTA di Pantai Timur dinasihat buat persiapan awal

IPT khususnya di negeri di Pantai Timur diminta membuat persediaan lebih awal menghadapi musim tengkujuh disebabkan Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula bulan depan.
Lawatan PM ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65b

Lawatan PM ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65b

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya meraih potensi perdagangan bernilai 2.65 bilion ringgit dalam lawatan negara ke Pakistan, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau juga berkata, Pakistan turut komited meningkatkan import minyak kelapa sawit dan produk berasaskan kayu, baja, petrokimia, serta oleokimia dari Malaysia.
Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel

Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.

Seorang pegawai tentera Israel memberitahu CNN, Hashem disasarkan dalam serangan Beirut antara Khamis dan Jumaat.
Badminton Dunia BWF: Rexy harap pemain negara tingkatkan kekuatan mental

Badminton Dunia BWF: Rexy harap pemain negara tingkatkan kekuatan mental

Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul wakil negara terbaik meskipun tidak dapat mempertahankan gelaran apabila terkandas di peringkat suku akhir.
Lee Zii Jia perlukan pasukan penasihat profesional - James Selvaraj

Lee Zii Jia perlukan pasukan penasihat profesional - James Selvaraj

James berkata, Zii Jia sekurang-kurangnya memiliki lima atau enam tahun lagi untuk bermain badminton dengan baik.