AARON CHIA-SOH WOOI YIK membuktikan bahawa mereka masih beregu lelaki nombor satu negara selepas menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dalam perlawanan pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi.
Perlawanan di antara dua beregu negara itu berlangsung sengit sejak awal aksi tetapi Aaron dan Wooi Yik lebih menyerlah untuk memenangi set pertama 21-17.
Beregu pilihan keenam itu kemudian diberikan tentangan lebih sengit oleh Sze Fei dan Nur Izzuddin dalam set kedua tetapi laluan ke suku akhir menjadi milik Aaron dan Wooi Yik menerusi kemenangan 21-19.
Beregu nombor satu negara itu seterusnya akan menantikan pemenang perlawanan di antara beregu pilihan ke-10 dari Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Seo Seung Jae, dan pilihan keempat dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin, bagi perebutan tempat ke separuh akhir, esok. - Stadium Astro
Astro Arena
Thu Aug 25 2022
Perlawanan di antara dua beregu negara itu berlangsung sengit sejak awal aksi. - Stadium Astro
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Badminton Dunia BWF: Dua beregu campuran negara ke suku akhir
Dua beregu campuran negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.
Badminton Dunia BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik bukti masih beregu nombor satu negara
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dalam perlawanan pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF.
Badminton Dunia BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mudah ke pusingan ketiga
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Jii Jia, tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF.
Badminton Dunia BWF: Pearly-Thinaah, Soniia Cheah tempa nasib berbeza
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan rentak cemerlang dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila menewaskan gandingan India.
Badminton Dunia BWF: Soon Huat-Shevon tebus kehampaan Yew Sin-Ee Yi
Goh Soon Huat-Shevon Lai, memerlukan 33 minit untuk menamatkan perjuangan wakil England, Gregory Mairs-Jenny Moore, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF.
Badminton Dunia BWF: Anna Cheong-Teoh Mei Xing teruskan perjuangan
Kem Malaysia memulakan pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia BWF hari ini dengan dua wakil mengesahkan kemaraan sementara tiga lagi terkandas.