UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Badminton Dunia BWF: Soon Huat-Shevon tebus kehampaan Yew Sin-Ee Yi

Goh Soon Huat-Shevon Lai, memerlukan 33 minit untuk menamatkan perjuangan wakil England, Gregory Mairs-Jenny Moore, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF.

Astro Arena
Wed Aug 24 2022
Badminton Dunia BWF: Soon Huat-Shevon tebus kehampaan Yew Sin-Ee Yi
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menamatkan perjuangan wakil England, Gregory Mairs-Jenny Moore, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF. - Stadium Astro
BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, memerlukan 33 minit untuk menamatkan perjuangan wakil England, Gregory Mairs-Jenny Moore, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF, sebentar tadi.

Mereka memulakan pertarungan dengan positif apabila menjamin kemenangan set pertama 21-13.

Namun, penguasaan gelanggang mereka terencat seketika apabila membenarkan lawan di ranking ke-78 dunia itu memimpin selesa set kedua dengan 12-6.

Tetapi beregu campuran profesional Malaysia itu bingkas menyusun semula permainan mereka untuk mengikat kedudukan 12-12.
 
Aksi sengit mereka berlanjutan hingga di kedudukan 17-18 sebelum Soon Huat-Shevon mengesahkan kemaraan mereka dengan mengutip empat mata berturut-turut.



 
 
Begitupun, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selaku pilihan kesembilan kejohanan di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu gagal menepati ramalan apabila tumpas kepada beregu lelaki Singapura, Hee Yong Kai-Loh Kean Hean.
 
Mereka hanya tiga mata lagi untuk mencipta kemenangan set pertama, sebaliknya mereka bagaikan hilang punca yang menyaksikan Yong Kai-Kean Hean merampas kelebihan lima mata yang mereka miliki untuk kemenangan 22-20.
 
Persembahan tidak menentu dalam set kedua turut tidak membantu Yew Sin-Ee Yi walaupun berhasil mengejar kedudukan lawan di pertengahan permainan.
 
Bagaimanapun, hajat mereka untuk ke peringkat 16, esok, tidak kesampaian apabila tidak mampu menyekat kemenangan 21-18 milik Yong Kai-Kean Hean. -- Stadium Astro
 

#Goh Soon Huat-Shevon Lai#Badminton Dunia BWF#beregu campuran#pasangan England
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar

Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar

Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri

Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri

Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah

Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah

Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap

Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap

Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina

KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan

Heret pelaku ke muka pengadilan

Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia

Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia

Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB

AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol

6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol

Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja

Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
Malaysia Masters 2024: Soon Huat-Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik

Malaysia Masters 2024: Soon Huat-Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik

Tebus kekecewaan 2017 dengan julang kejuaraan menewaskan pasangan Indonesia.
Soon Huat-Shevon Lai kecundang, Jun Hao mara

Soon Huat-Shevon Lai kecundang, Jun Hao mara

Beregu campuran ranking ke-13 dunia itu tewas 18-21, 18-21 kepada juara Orleans Masters juga pasangan ke-58 dunia dalam masa 34 minit.
Tiada keperluan Zii Jia kembali ke BAM - Hannah

Tiada keperluan Zii Jia kembali ke BAM - Hannah

Hannah berkata, keperluan setiap atlet adalah berbeza dan setiap pemain memiliki komitmen yang tertentu.
Badminton Dunia BWF: Dua beregu campuran negara ke suku akhir

Badminton Dunia BWF: Dua beregu campuran negara ke suku akhir

Dua beregu campuran negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.
Badminton Dunia BWF: Soon Huat-Shevon tebus kehampaan Yew Sin-Ee Yi

Badminton Dunia BWF: Soon Huat-Shevon tebus kehampaan Yew Sin-Ee Yi

Goh Soon Huat-Shevon Lai, memerlukan 33 minit untuk menamatkan perjuangan wakil England, Gregory Mairs-Jenny Moore, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF.
Soon Huat-Shevon Lai mara, Peng Soon-Liu Ying kandas

Soon Huat-Shevon Lai mara, Peng Soon-Liu Ying kandas

Soon Huat-Shevon Lai meneruskan kemaraan apabila menewaskan pasangan Belanda, Ruben Jille-Cheryl Seinen straight set 21-14, 21-15.