BEKAS ketua jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz, dalam kebingungan apabila berikutan statusnya yang digantung tak bertali ketika ini.
Dia menerima notis serta merta bahawa khidmatnya mengemudi skuad The Cops bagi baki saingan Lliga Super 2023 tidak lagi diperlukan.
Menurut Azzmi, pengukur indeks prestasi utama (KPI) dan kecemerlangan pasukan sudah tercapai apabila memacu ke tangga kelapan Liga Super dengan beberapa keputusan mengejut seperti menumbangkan Selangor FC, namun tanpa penjelasan lanjut dia disisihkan.
"Saya tidak tahu apa yang isu yang timbul sampai diberi surat dan direhatkan, tidak perlu melatih pasukan ini dengan serta-merta dan tidak perlu hadir ke padang seperti yang ditulis dalam surat (itu yang) sangat ringkas.
"Saya tidak nampak apa puncanya. Saya harap pemain saya kekal positif kerana saya percaya sudah buat kerja dengan sangat baik apabila saya bermula dengan mereka pada Disember lalu.
"Saya nampak kemajuan yang sangat baik dalam pasukan ini, saya tahu apa yang berlaku dalam pasukan ini daripada segi individu yang meningkat.
"Saya harap ketiadaan saya tidak mengganggu mereka dan doakan mereka akan terus berjaya," katanya.
Justeru, dia berharap kemelut ini diselesaikan segera dengan mendapatkan khidmat nasihat peguam sambil ingin terus memandang ke depan dan bersedia untuk menerima tawaran lain.
"Bahagian saya ini perlu diselesaikan segera. Saya perlu teruskan kerjaya dan tidak boleh digantung tanpa butiran maklumat seperti ini.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku.
"Saya perlu jawapan yang konkrit dalam masa terdekat dan yang pastinya saya tidak akan berada di sini (lagi)," katanya.
Astro Arena
Wed Jun 21 2023
Azzmi (gambar) berkata, KPI dan kecemerlangan pasukan sudah tercapai apabila memacu ke tangga kelapan Liga Super, namun tanpa penjelasan lanjut dia disisihkan. - Facebook PDRM FC
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
PDRM FC, Azzmi Aziz setuju tamat kontrak
Keputusan merehatkan Azzmi menimbulkan persoalan selepas jurulatih itu berjaya membimbing pasukan dengan rekod pencapaian memberangsangkan.
Azzmi Aziz buntu digantung tanpa tali PDRM FC
Azzmi menerima notis serta merta bahawa khidmatnya mengemudi skuad The Cops bagi baki saingan Lliga Super 2023 tidak lagi diperlukan.
Liga Super: Menang lawan Kedah bukan mudah, tapi tidak mustahil - Azzmi
Pasukannya hadir ke Alor Setar dengan persiapan rapi, termasuk membuat perancangan teliti.