Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menjadi pilihan popular bagi Anugerah Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019 yang bakal berlangsung pada 1 Sept ini di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Pelumba berusia 32 tahun yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' itu, menyerlah pada tahun lalu menerusi kejayaannya muncul juara kejohanan Trek Siri Dunia di Cambridge pada Disember lalu dengan mengejutkan bekas juara dunia, Shane Perkins dan Matthew Glaetzer.
Kejayaan demi kejayaan yang dicatat oleh anak kelahiran Dungun, Terengganu itu, melayakkannya diangkat sebagai model untuk pelumba trek remaja negara, selepas turut menguasai acara pecut dan keirin individu di Kejohanan Trek Kebangsaan.
Mohd Azizulhasni yang pernah menjulang anugerah itu pada 2009 dan 2017, bagaimanapun dijangka menghadapi saingan sengit daripada dua lagi atlet negara yang tidak kurang hebatnya dari segi pencapaian dan sumbangan pingat terhadap negara.
Mereka ialah S. Kisona yang berjaya mempertahankan gelaran kejuaraan acara badminton perseorangan wanita di Sukan SEA Filipina, serta Farah Ann Abdul Hadi yang cukup cemerlang merangkul tiga pingat emas bagi sukan gimnastik dalam acara yang berasingan di Manila.
Turut dicalonkan ialah atlet wushu yang meraih dua pingat emas di Sukan SEA 2019, Loh Choon How serta Julian Yee yang berjaya mempertahankan pingat emas acara luncur ais untuk kali kedua berturut-turut selepas melakukannya pada Sukan SEA 2017.Presiden SAM, Jasni Shafie berkata wartawan sukan juga bakal menerima pengiktirafan sekali gus berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM50,000.
"Anugerah akan dibahagi kepada enam kategori iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.
"Pemenang terbaik keseluruhan pula akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi," katanya menerusi kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 25 2020
![Azizulhasni pilihan popular untuk Anugerah Atlet Terbaik Azizulhasni pilihan popular untuk Anugerah Atlet Terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61583358350_AzizulhasniAwang.jpg)
Azizulhasni dijangka menghadapi saingan sengit daripada dua lagi atlet negara yang tidak kurang hebatnya dari segi pencapaian dan sumbangan pingat terhadap negara. - Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Azizulhasni pilihan popular untuk Anugerah Atlet Terbaik Azizulhasni pilihan popular untuk Anugerah Atlet Terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61583358350_AzizulhasniAwang.jpg)
Azizulhasni pilihan popular untuk Anugerah Atlet Terbaik
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menjadi pilihan popular bagi Anugerah Atlet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019.