WASHINGTON: Seorang atlet ekstrem Sepanyol muncul dari sebuah gua di Grenada selepas 500 hari "bertapa" pada kedalaman 230 kaki di bawah tanah, lapor United Press International (UPI).
Beatriz Flamini, 50, memasuki gua itu pada 21 Nov 2021.
Flamini yang dipantau dari jauh oleh sepasukan saintis dari universiti Almeria, Granada dan Murcia, berkata beliau hilang kiraan hari selepas kira-kira dua bulan dan menyangkakan hanya berada di gua itu antara 160-170 hari daripada matlamat projek 500 hari.
Atlet itu berkata dia meluangkan masa dengan membaca, menulis, melukis, bersenam dan mengait sepanjang berada di gua itu.
"Bagi saya sekurang-kurangnya, sebagai ahli sukan ekstrem elit, perkara yang paling penting ialah apa yang anda fikirkan dan apa yang anda rasa dan apa yang anda katakan.
"Memang ada momen yang sukar, tetapi ada juga saat yang sangat indah -- dan saya mengalami kedua-duanya kerana saya memenuhi komitmen saya untuk tinggal di dalam gua selama 500 hari," kata Flamini pada sidang media.
Flamini membaca 60 buku sepanjang 500 hari di dalam gua itu.
Dua kamera mendokumentasikan masanya di bawah tanah untuk dokumentari projek itu.
Masa atlet di dalam gua itu dipercayai sebagai rekod dunia baharu untuk masa paling lama dihabiskan bersendirian di dalam gua, tetapi tidak jelas sama ada Rekod Dunia Guinness mempunyai kategori untuk pencapaian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023

Beatriz Flamini memasuki gua itu pada 21 Nov 2021. - Foto/REUTERS
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Atlet Sepanyol muncul selepas "bertapa" di gua selama 500 hari
Seorang atlet ekstrem Sepanyol Beatriz Flamini muncul dari sebuah gua di Grenada selepas 500 hari "bertapa" pada kedalaman 230 kaki di bawah tanah.