KOTA TINGGI: Dua atlet negara Nigel Ng Kar Kean dan Mayumi Shinozuka, mengharumkan nama negara apabila masing-masing mengungguli acara lelaki dan wanita pada acara 5150 Triathlon Desaru Coast, dekat sini, hari ini.
Ng, 19, yang mewakili negara pada Sukan SEA Hanoi 2022 itu berjaya mengharungi cabaran tiga disiplin perlumbaan iaitu renang 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan larian 10 kilometer dengan masa dua jam 18 minit, bagi kategori lelaki berusia 18 hingga 24 tahun, manakala Shinozuka, 21, menyelesaikan tiga cabaran itu dalam masa dua jam 36 minit, bagi wanita untuk kategori sama.
Ng ketika ditemui selepas perlumbaan berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan prestasinya dan menjelaskan perlumbaan dimulakan dengan sangat baik.
"Saya bermula kedudukan yang baik bagi renang dan mula menjarakkan kedudukan ketika berbasikal.
Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi bagi acara ini. Persiapan saya selama dua bulan sebelum ini membuahkan hasil," kata atlet berkenaan yang mendapat tempat ke-12 pada Sukan SEA Hanoi 2022.
Shinozuka pula menyifatkan penyertaannya dalam acara sukan ekstrem itu sebagai platform baginya untuk mengekalkan tahap kecergasan setelah mewakili negara pada Sukan SEA Hanoi dengan menamatkan saingan di posisi ketujuh.
"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran bagaimanapun berpuas hati apabila menduduki tempat pertama. Saya mahu pastikan tahap kecergasan berada di tahap terbaik," katanya.
Sementara itu, bagi kategori lelaki berusia 25 hingga 29 tahun pula, ia turut diungguli atlet kebangsaan Chong Yoong Thiang dengan masa dua jam 19 minit, manakala wanita pula dijuarai atlet daripada Sepanyol Soraya Camarena Villar dengan masa dua jam 55 minit.
Bagi acara Desaru Coast Sprint Triathlon yang melibatkan tiga disiplin perlumbaan iaitu renang 750 meter, berbasikal 20 kilometer dan larian lima kilometer pula, ia dijuarai Bryce Chong dari Singapura dengan masa sejam enam minit bagi kategori lelaki, manakala wanita pula diungguli atlet negara Nuraina Naziha Mohamad Nazim dengan masa sejam 33 minit.
Acara 5150 Triathlon Desaru Coast yang berlangsung pada pukul 7 pagi tadi melibatkan seramai 357 atlet dan Desaru Coast Sprint Triathlon pula seramai 108 orang dengan kesemua peserta termasuk pemenang membawa pulang medal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Ng berjaya mengharungi cabaran tiga disiplin perlumbaan iaitu renang 1.5km, berbasikal 40kmdan larian 10km dengan masa dua jam 18 minit. - Bernama
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Atlet negara Nigel Ng, Shinozuka ungguli 5150 Triathlon Desaru Coast
Ng berjaya mengharungi cabaran tiga disiplin perlumbaan iaitu renang 1.5km, berbasikal 40kmdan larian 10km dengan masa dua jam 18 minit.