Lebih ramai atlet muda dalam kalangan masyarakat Orang Asli diharap dapat menonjolkan bakat sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Pengarah Pendidikan Pahang Datuk Tajuddin Mohd Yunus berkata perkara itu tidak mustahil kerana telah terdapat beberapa atlet Orang Asli yang berjaya mencatat kejayaan ketika mewakili negara.
"Antara yang paling dikenali ialah Norashikin Mohd Sayed yang terlibat dalam sukan perahu layar di mana beliau pernah memenangi pingat perak Sukan Asia di China pada 2010, pingat emas pada Kejohanan Kapal Layar Asia di China pada 2010 dan pingat emas Sukan SEA di Singapura pada 2015," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Penutup Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) 2019 yang turut dihadiri Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat Norashikin Shaharudin.
Kejohanan kali ke-12 yang bermula sejak Sabtu lepas itu disertai lebih 500 atlet dari tujuh negeri yang bertanding dalam tujuh acara sukan dengan negeri Pahang muncul juara keseluruhan.
Tajuddin berkata atlet Orang Asli lain yang boleh dicontohi ialah adik-beradik Zumika dan Shasha Azmi yang memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2017 dalam sukan kriket selain Lanida Dahlan, Veronica Mahdan dan Erni Shahira, yang masing-masing memenangi pingat emas, perak dan gangsa pada kejohanan catur peringkat Asean pada 2017.
Sementara itu, Norashikin berkata Yayasan Bank Rakyat berhasrat untuk membantu mencari dan menggilap bakat atlet muda Orang Asli menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam penganjuran kejohanan itu.
"Selain itu, penglibatan mereka dalam bidang sukan juga boleh meningkatkan kehadiran ke sekolah sekali gus mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli," katanya.
Dua atlet dari Perak, Mohamad Ary Arifin, 12, dan Ramzafida Ramdin,12, masing-masing diumum olahragawan dan olahragawati kejohanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019

Tajuddin (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Olahragawati kepada Ramzafida pada majlis penyampaikan Anugerah Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli Kebangsaan 2019 malam tadi. Turut kelihatan, Norashikin Shaharudin (dua, kanan). --fotoBERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.