KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) menolak permohonan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk diterima semula sebagai gabungan badan induk Asia itu.
Setiausaha Agung ASTAF Boonchai Lorhpipat menerusi kenyataan berkata keputusan menyingkirkan PSM pada 20 Mei tahun lepas kekal muktamad berdasarkan keputusan terbaharu pada Jumaat lepas.
Surat makluman telah dihantar kepada Setiausaha Agung PSM Datuk Abidullah Salleh, pada Sabtu, menjawab surat permohonan yang dihantar pada 23 Feb lepas.
Pada Sabtu, ASTAF mengesahkan Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) disahkan sebagai ahli baharu persekutuan itu.
Kemelut sepak takraw negara bermula apabila ASTAF menyingkirkan PSM pada Mei 2021 berikutan tindakan presidennya ketika itu Datuk Seri Ahmad Ismail, atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 24 Feb lepas.
Ahmad, yang lebih dikenali sebagai 'Tok Mat' kemudian melepaskan jawatannya dalam PSM pada Jun lepas, diikuti beberapa usaha oleh persatuan itu bertujuan mendapatkan semula keahliannya dalam ASTAF.
Namun ASTAF baru-baru ini mengesahkan tidak menerima PSM sebagai ahli gabungannya.
Berikutan itu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) membenarkan MSC untuk mendapatkan kepercayaan ASTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) sebagai wakil Malaysia dalam sepak takraw di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Kemelut sepak takraw negara bermula apabila ASTAF menyingkirkan PSM pada Mei 2021 berikutan tindakan presidennya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail.
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
NRES komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
NADI bakal tingkatkan taraf hidup masyarakat setempat - MCMC
Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dilaksanakan melalui Komuniti MADANI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.
Rangka spesis Camarasaurus Grandis dipamerkan untuk orang awam
Orang ramai kini boleh melihat rangka haiwan sejenis Camarasaurus Grandis di Muzium Evolusi, Knutheborg Safaripark, Denmark.
Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan.
Banjir teruk di Bangladesh, sekolah ditutup, dua juta terperangkap
Wakil kerajaan berkata, situasi banjir di kawasan itu memburuk selepas tebing sungai Brahmaputra pecah berikutan hujan lebat.
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi semula pada Isnin selepas menghentikan sementara perdagangan susulan kebakaran di bangunan tersebut di Karachi.
Trak bantuan terkandas, krisis di Gaza semakin memburuk
Semua trak itu menunggu kebenaran untuk menghantar bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza namun masih belum mendapat lampu hijau untuk berbuat demikian.
[TERKINI] Joe Biden berikrar akan tetap sertai pilihan raya hingga ke penghujung
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar akan menyertai perlumbaan pilihan raya November sehinggi ke penghujung walaupun terdapat segelintir ahli parti Demokrat menggesanya untuk menarik diri.
Srettha, Anwar dijangka bertemu di selatan Thailand bulan depan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah wilayah di selatan negara itu pada 3 Ogos ini.
Kerajaan cuba selesai masalah rakyat pelbagai kaum
Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
Pengurus skuad sepak takraw wanita negara digantung lima tahun
Astaf telah mengarahkan PSM mengeluarkan surat rasmi kepada Wan Mohd Husni dengan melucutkan semua jawatan dipegang beliau berkuat kuasa 9 Dis 2019 hingga 8 Dis 2024.
Indonesia bantah penyertaan Malaysia acara antara regu
Asnawi berkata tindakan itu tidak mengikut peraturan dan jika diteruskan dengan keputusan tersebut, pasti akan memberi masalah pada hari perlawanan kelak.