PETALING JAYA: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu 'surat layang' dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan badan induk itu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Pengerusinya Tan Sri Aseh Che Mat berkata ia perlu diselesaikan bagi memulihkan kredibiliti badan induk bola sepak negara itu.
"Ini sekali gus dapat mengembalikan keyakinan semua pemegang taruh FAM sebagai badan induk bola sepak negara kita," katanya pada sidang media selepas Seminar Integriti FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.
Aseh berkata susulan penyebaran 'surat layang' itu pada hujung Mac lepas, Jawatankuasa Integriti FAM telah mengadakan perbincangan dan menyerahkan perkara tersebut pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.
Katanya siasatan itu merangkumi dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian tender projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya bernilai RM25 juta dan isu tomahan penyalahgunaan wang bagi penganjuran Kongres FAM ke-60.
"Siasatan ke atas kedua-dua isu berkenaan telah selesai dan dirujuk kepada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) yang berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM dan memutuskan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut, NFA," katanya.
Pada masa sama, Aseh berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah memanggil petugas dan bekas staf FAM sejak beberapa minggu kebelakangan ini bagi membantu siasatan berhubung isu 'surat layang' itu.
Beliau berkata siasatan polis berhubung perkara itu masih berjalan.
Dalam pada itu, Aseh berkata FAM juga mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas dipengerusikan Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram bagi tujuan menambah baik urus tadbir serta pengurusan itu badan induk.
Sementara itu, Sivasundaram berkata jawatankuasa khas itu akan membentangkan rumusan dapatan hasil temu bual dengan keseluruhan petugas FAM dalam masa terdekat.
Pada hujung Mac lepas, tular di media sosial 'surat layang' dalam bentuk e-mel yang membangkitkan isu kepimpinan dan pengurusan FAM.
Empat perkara utama yang dibangkitkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Agung FAM, gaji serta manfaat staf, isu melibatkan skuad Harimau Malaya dan projek NTC.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024
Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat bercakap pada Sidang Media selepas Seminar Integriti FAM di Wisma FAM hari ini. - Foto BERNAMA
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
AWANI Tonight 24 Jan 2025
AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. WEF 2025: Shaping the future of Gen AI
2. Govt gives 50% toll discount for CNY
1. WEF 2025: Shaping the future of Gen AI
2. Govt gives 50% toll discount for CNY
Its About YOUth: Advancing disability rights in Malaysia
The challenges, rights, and support for persons with disabilities deserve attention every day of the year. Hasbeemasputra Abu Bakar and his colleague from SIUMAN Collective share their lived experiences and discuss how Malaysia should make inclusivity the norm.
Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan
Harapan seorang bekas pengurus syarikat untuk mengaut keuntungan segera musnah selepas kerugian kira-kira RM2 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution
Aplikasi MyBorderPass mencatatkan lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari sejak diperkenalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh Trump.
AWANI Tonight: Next for Gen AI - Mimicking human cognitive abilities
Global economic leaders expressed cautious optimism about the year ahead on the final day of the World Economic Forum 2025. Astro AWANI’s Lead Editor, Najib Aroff, reports from Davos, Switzerland.
Aseh harap isu 'surat layang' segera diselesaikan
Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat berkata ia perlu diselesaikan bagi memulihkan kredibiliti badan induk bola sepak negara itu.