KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki senior lelaki kebangsaan, A. Arul Selvaraj memuktamadkan barisan pasukannya dengan memilih pemain yang menawarkan versatiliti untuk membawa cabaran negara ke kelayakan Sukan Olimpik di Muscat, Oman bermula 13 Jan ini.
Beliau yang menyifatkan kombinasi Speedy Tigers kali ini adalah yang terbaik berkata, rata-rata pemain yang dipilih berkebolehan untuk bermain lebih daripada satu posisi untuk memberi tentangan sengit bagi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 itu.
"Pemilihan semestinya saya lihat posisi, sejak saya mula-mula datang pada 2020 saya banyak cuba menukar posisi pemain, bertujuan untuk menghasilkan pasukan yang boleh bermain dalam pelbagai posisi.
"Kecederaan boleh berlaku, apatah lagi kali ini kita bermain 18 pemain sahaja, jadi kita sentiasa ada 'backup'. Ini adalah pasukan terbaik yang kita ada sekarang, jadi saya sentiasa pilih pemain terbaik," katanya pada sidang media pengumuman barisan pemain di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Arul Selvaraj berkata, beliau turut memilih pemain yang mempunyai semangat jitu selain mampu menampilkan aksi seimbang ketika beraksi di atas padang, sama ada dari segi mental mahupun fizikal.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak mengumumkan senarai 18 orang pemain yang akan beraksi pada kelayakan Sukan Olimpik di Muscat bermula 13 - 21 Jan ini bagi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Selain itu, Arul Selvaraj turut menegaskan, kemahuan pemain untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 perlu sehaluan dengan tingkah laku mereka, merangkumi disiplin, pemakanan serta gaya hidup.
"Pada akhirnya, pemain yang melakukan kerja mereka untuk menang. Kemahuan dan tingkah laku perlu sehaluan, semua saya sudah jaga untuk bantu mereka dengan beri jadual makanan dan minuman, dan saya letak semula tanggungjawab kepada pemain," katanya.
Speedy Tigers dijadual berentap dengan Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B terdiri daripada Jerman, New Zealand, Kanada serta Chile.
Enam tiket ditawarkan ke Paris 2024 pada Kelayakan Olimpik dengan tiga di Oman (untuk Lelaki) dan tiga lagi di Valencia, Sepanyol (Wanita).
Mengulas mengenai sasaran, Arul Selvaraj berkata, beliau optimis pasukannya mampu menewaskan Pakistan dan China sekali gus menduduki sekurang-kurangnya tangga kedua peringkat kumpulan seterusnya mara ke separuh akhir.
Katanya, Speedy Tigers akan mengadakan dua perlawanan persabahatan menentang Kanada serta Chile sebelum memulakan kempen kelayakan Olimpik Paris nanti.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad hoki wanita, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim pula tidak meletakkan sasaran tinggi pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Valencia, sebaliknya menjadikan ia sebagai pentas terbaik menimba pengalaman buat anak buahnya sebelum ke Sukan Asia 2026.
"Secara realistik, kita bertemu pasukan pada ranking lebih tinggi seperti Great Britain, Spain (Sepanyol) dan Kanada, ini perlawanan penuh tekanan yang mana pemain perlu menyesuaikan diri dengan cepat untuk tengok di mana kita berdiri.
"Tapi saya percaya mereka boleh beri persembahan yang baik dan yang mana kita boleh jadi pengacau juga pada pasukan yang lain dan tengok la rezeki dekat mana kita boleh dapat," katanya.
Skuad wanita negara yang diberi julukan Malaysian Tigress telah diundi dalam Kumpulan B untuk bertemu Sepanyol (13 Jan), Kanada (14 Jan) dan Great Britain (16 Jan). - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024

Arul Selvaraj berkata beliau turut memilih pemain yang mempunyai semangat jitu selain mampu menampilkan aksi seimbang ketika beraksi di atas padang, sama ada dari segi mental mahupun fizikal. - Gambar fail/Bernama

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Saizul Hafifi pengendali baharu skuad Bunga Raya 15s - KRM
Bekas ketua jurulatih ragbi 7-sebelah (7s) kebangsaan Mohd Saizul Hafifi Md Noor dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Bunga Raya 15-sebelah (15s) yang baharu.

Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.

Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.

Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.

Martin Stano dilantik Ketua Jurulatih Sabah FC
Pengendali dari Slovakia Martin Stano dilantik sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC sehingga tamat musim 2024/2025.

Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.

Ujian Vicente bukti kredibiliti bersama Harimau Malaya bermula esok
Kemampuan Vicente akan mula diukur apabila Malaysia bertemu Filipina pada aksi separuh akhir saingan Pestabola Merdeka 2024 esok.

Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.

Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.