TERLAJAK kata buruk padahnya itulah yang menimpa pengendali Arsenal, Mikel Arteta apabila komennya selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), The Gunners menentang Newcastle United baru-baru ini didakwa menghina pegawai perlawanan.
Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berkata, pengendali kelahiran Sepanyol itu berdepan tindakan apabila didakwa melanggar Peraturan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) E3.1.
"Mikel Arteta telah didakwa melanggar Peraturan FA E3.1 berikutan komen yang dibuatnya dalam wawancara media selepas perlawanan liga di St James' Park pada 5 November lalu.
"Dia didakwa susulan komennya merupakan salah laku apabila menghina pegawai perlawanan dan/atau memudaratkan permainan dan/atau mencemarkan nama baik permainan,” kata badan induk bola sepak Inggeris itu dalam satu kenyataan.
Arteta sebelum ini menyelar EPL sebagai satu liga yang hina dan memalukan selepas barisan pengadil termasuk Video Bantuan Pengadil (VAR) membenarkan gol kontroversi Anthony Gordon.
Bekas pemain Arsenal itu juga menyifatkan keputusan untuk tidak menolak jaringan Gordon dalam kekalahan 0-1 kepada Newcastle United pada 5 November itu sebagai memalukan selepas gol itu kekal berikutan penilaian VAR tiga kali.
VAR memutuskan untuk mengiktiraf gol tersebut, sekali gus memberikan kekalahan pertama The Gunners dalam kempen EPL musim ini selepas mengambil masa yang begitu lama meneliti tiga kesalahan itu.
“Bagaimana jaringan ini boleh disahkan dalam EPL yang dikatakan liga terbaik di dunia? Sesungguhnya ia amat memalukan dengan apa yang telah berlaku.
“Saya sudah 20 tahun di negara ini dan sekarang saya berasa malu. Ia memalukan dan tidak cukup baik. Saya berasa malu untuk menjadi sebahagian daripada ini.
"Kami tak layak tewas dan anda sendiri boleh melihat sebabnya,” kata Arteta.
Bekas pembantu Pep Guardiola di Manchester City itu, mempunyai masa sehingga 21 November untuk memberikan respons terhadap pertuduhan itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 17 2023
Aksi Arteta selepas pasukannya menang perlawanan Liga Juara-juara Kumpulan B antara Arsenal dan Sevilla di Stadium Emirates, London, 8 Nov 2023. - Gambar fail AP
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Arteta terlajak kata...
FA berkata, pengendali kelahiran Sepanyol itu berdepan tindakan apabila didakwa melanggar Peraturan Persatuan Bola Sepak Inggeris E3.1.
Euro 2020: Peminat parah terjatuh ketika perlawanan England-Croatia
Pihak stadium dalam satu kenyataan berkata penonton berkenaan "diberi rawatan perubatan di lokasi dan dibawa ke hospital dalam keadaan parah."
FAM akan anjur dua program Respect
Program pertama adalah kempen 'Together' Khamis ini, menumpukan untuk menangani peningkatan masalah menghina dan kekasaran terhadap pegawai dan penonton dalam liga profesional.