ARSENAL meneruskan tekanan terhadap penyandang juara Manchester City dan pendahulu Liverpool dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah West Ham United, 6-0 pada Ahad.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium London itu, anak buah Mikel Arteta terlebih dulu garang apabila memimpin separuh masa pertama dengan empat gol.
Gol The Gunners dijelmakan bermula dengan sentuhan William Saliba minit ke-32, sebelum Bukayo Saka melebarkan jaringan dengan gol minit ke-41.
Gabriel Magalhães juga tidak mahu ketinggalan mencipta nama selaku penjaring dengan gol minit ke-44 sebelum jaringan Leandro Trossard (m-47) memastikan pasukan pelawat ke bilik persalinan dengan kedudukan 4-0.
Separuh masa kedua, The Hammers angkatan yang dikemudikan pengendali berpengalaman David Moyes berusaha kembali bangkit memberi saingan.
Bagaimanapun, Arsenal yang terlalu unggul melebarkan jaringan sekali lagi menerusi Saka dengan gol minit ke-63 sebelum bekas bintang West Ham United, Declan Rice menambah kebolosan tuan rumah dengan gol minit ke- 65.
Tiga mata diraih di laman Hammers itu membolehkan Gunners terus menghimpit The Citizens dan The Reds dengan 52 mata selepas mengharungi 24 perlawanan.
Manchsester City pula di kedudukan kedua kurang satu perlawanan mengumpul 52 mata manakala Liverpool masih gah memimpin liga dengan 54 mata lebih satu perlawanan.
Kali terakhir Arsenal mencatat kemenangan liga enam gol di tempat lawan pada Disember 1935. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Sun Feb 11 2024
Magalhaes (tengah) meraikan jaringan ketika Arsenal berdepan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London pada Ahad. Foto Reuters
Zahid nyatakan komitmen selesaikan masalah hutang Felcra, teliti syor PAC
Langkah proaktif akan diambil bagi menangani masalah yang dialami Felcra Berhad dan anak syarikatnya susulan beban hutang tinggi yang ditanggung.
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Kastam Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.
Pegawai bomba cedera jatuh dalam air bercampur minyak panas
Seorang pegawai bomba cedera selepas terjatuh dalam air bercampur minyak panas ketika operasi memadam kebakaran di Kuantan.
'Influencer' maut: Wanita tempatan ditahan
Seorang wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial.
Tujuh bulan gaji tak berbayar, Paulo Josue akhirnya bersuara!
Pemain KL City, Paolo Josue didakwa sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji oleh kelab tersebut.
Tiga puteri legenda Malaysia nama kapal baharu Petronas di Kanada
Petronas menamakan tiga kapal gas asli cecair (LNG) baharunya dengan nama Puteri Saadong, Puteri Ledang dan Puteri Santubong.
AWANI Ringkas: Kes dadah: Mamat Exist didenda RM4,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Abbas ucap tahniah kepada Starmer, seru sokongan UK dalam keamanan Palestin
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Ahad mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer.
MEF puji kestabilan kedudukan kewangan HRD Corp
Syed Hussain berharap penemuan dalam laporan LKAN akan menjadikan HRD Corp lebih kukuh dalam tadbir urus dana.
Juruteknik rugi lebih RM160,000 diperdaya kenalan Facebook
Seorang juruteknik kerugian RM167,147.75 selepas mendakwa dirinya diperdayakan kenalan daripada Facebook yang menawarkan skim pelaburan.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford
Raya menyertai The Gunners menerusi perjanjian pinjaman sepanjang musim tahun lalu dengan nilai pinjaman sebanyak £3 juta.
EPL: Man Utd kurang senang Erik ten Hag 'mulut tempayan'
Erik ten Hag dilaporkan telah menyinggung perasaan pihak atasan di Manchester United berikutan pendedahan mengenai rundingan mereka di Ibiza.
Man Utd sah bermain di UEL
Selepas dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris Manchester United berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Eropah (UEL), musim depan.
EPL: Guardiola diangkat Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris
Pep Guardiola dinobatkan sebagai Pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) Terbaik tahun ini selepas membawa Manchester City memenangi gelaran keempat berturut-turut.
EPL: Jika mereka tidak perlukan saya lagi, saya akan pergi - Bruno Fernandes
Kapten Manchester United harap pasukannya wajar 'menamatkan musim dengan cara terbaik.'
EPL: Hojlund pastikan Manchester United kembali ke landasan kemenangan
Rasmus Hojlund masuk untuk melengkapkan mata dengan jaringan kemenangan pada minit ke-84.
EPL: Jurgen Klopp renung Anfield menjelang aksi terakhir bersama Liverpool
Jurgen Klopp dilihat melayan perasaannya di Anfield menjelang aksi terakhirnya sebagai pengurus Liverpool.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.