ARSENAL melakukan kebangkitan dramatik luar biasa lewat perlawanan untuk menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, sekali gus meneruskan momentum pemburuan kelompok empat teratas liga.

Wolves kendalian Bruno Lage terlebih dulu bermula garang apabila mendahului menerusi Hwang Hee-Chan pada minit ke-10 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, anak buah Mikel Arteta kembali memperkemaskan permainan mula mengasak kubu lawan bagi mencari gol penyamaan, namun Wolves tampil corak bertahan ampuh berjaya mengaggalkan usaha deretan para pemain tuan rumah.

Gol penyamaan The Gunners akhirnya dijelmakan apabila pemain gantian, Nicolas Pépé berjaya menterjemahkan hantaran Eddie Nketiah dalam bentuk jaringan 82'.

Jaringan itu ternyata menjadi dos penggalak untuk rangkaian para penyerang The Gunners menggempur benteng lawan menyaksikan percubaan Alexander Lacazette terbias penjaga gol pelawat, José Sá pada minit ke-95'.


KEPUTUSAN

Arsenal 2-1 Wolves

Hwang Hee-Chan 10'

Pépé 82'

José Sá (GS)95'

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.