KUALA LUMPUR: Nama pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi sekali lagi mencuri tumpuan, selepas mencipta hatrik ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) merakam kemenangan 4-0 ke atas Selangor FC pada aksi separuh akhir Piala FA, malam tadi.
Ia merupakan hatrik kedua pemain berusia 21 tahun itu dalam tempoh enam hari, selepas meledak empat gol ketika membantu Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0, pada aksi persahabatan antarabangsa di Terengganu, Selasa lepas.
Hatrik yang dicipta semalam menyaksikan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu, mengumpul keseluruhan 14 gol musim ini - lima dalam Liga Super, empat (Piala FA) dan lima gol bersama bersama skuad Harimau Malaya.
Tahap kemajuan dan kematangan yang dicapai Arif Aiman ketika ini amat mengagumkan, sehingga beberapa bekas jurulatih dan pengendali pasukan menyifatkan beliau sebagai pemain terbaik Asia dalam pembikinan.
"Budak ini ada sikap dan daya fokus yang baik dalam permainan, jika dilihat kebelakangan ini termasuk persembahan bersama pasukan negara, dia memang begitu menyerlah. Dalam generasi baharu pemain di Malaysia, dia antaranya yang terbaik.
"Jarang kita boleh tengok pemain tempatan yang ada keupayaan seperti dia, kredit juga perlu diberikan kepada JDT dan saya setuju dia pemain terbaik Asia dalam pembikinan," kata bekas pengendali Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah yang merupakan antara jurulatih berpengalaman luas di Malaysia.
Pengendali Kuching City FC Irfan Bakti Abu Salim, yang diiktiraf sebagai Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011 percaya, Arif Aiman mempunyai ciri-ciri untuk bergelar pemain terbaik Asia pada masa hadapan.
Beliau juga berpendapat produk Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang itu setanding Takefusa Kubo, seorang pemain muda berusia 22 tahun dari Jepun yang kini mencipta nama di pentas Eropah, bersama kelab Sepanyol Real Sociedad.
"Kalau dia berasal dari Jepun ataupun Korea Selatan, sudah tentu dia dah beraksi di Itali dan Sepanyol. Kalau tengok permainan dia semalam, tidak jauh beza dengan Kubo, bezanya ialah Kubo kaki kiri dan dia kaki kanan.
"Posisi mereka lebih kurang, dari segi ketangkasan, menggelecek, kawalan bola dan ketenangan sama saja, tetapi kalau tengok dari body swerve lebih kepada Arif Aiman. Dia semula jadi dan ada sesuatu yang istimewa dengan Arif Aiman," kata pengendali berusia 72 tahun itu.
Turut bersetuju Arif Aiman mempunyai sesuatu yang istimewa dan berpotensi menjadi pemain terbaik Asia, ialah bekas Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal.
"Saya tertarik dengan permainan dia, bukan sahaja di Liga Malaysia tetapi dalam ACL (Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)), jadi tak mustahil boleh jadi pemain terbaik Asia kalau dia kekalkan prestasi dan ada keinginan yang besar.
"Dia boleh pergi jauh, kerana ciri-ciri itu sudah ada seperti kemampuan menyerap tekanan dalam keadaan yang sukar, keupayaan membuat keputusan, semua itu buat saya nampak dia ada sesuatu yang istimewa," katanya yang menjulang Piala AFF bersama pasukan negara pada 2010.
Bagaimanapun, sekiranya Arif Aiman mahu bergelar pemain terbaik Asia, beliau perlu mencabar diri bersaing dengan barisan pemain handalan dunia di luar negara.
"Sudah tentu dia tak boleh berhenti di situ (JDT), dia perlu kembangkan lagi kariernya ke luar negara sebab dia masih muda," kata Mohd Azraai.
Irfan Bakti berkata: "Dengan kemampuannya sekarang, dia layak bermain di saingan liga tertinggi. Selepas arwah Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun, tiada lagi pemain Malaysia yang betul-betul berkualiti seperti Arif Aiman. Dia harus keluar bermain di luar negara untuk kebaikannya,".
Rajagobal turut berpendapat Arif Aiman sudah membuktikan beliau mampu beraksi di kancah liga tertinggi dunia.
"Di sini sudah nampak dia boleh pergi ke peringkat lebih tinggi untuk bermain dan mendapatkan lebih pengalaman. Potensi telah ada dan terpulang kepada dia.
"Jika dia pergi dia boleh buat JDT dan negara berbangga, segalanya tidak mustahil, saya kira kalau Park Ji Sung boleh bermain di Manchester United dan beberapa lagi pemain Korea Selatan boleh bermain di England kenapa pula kita tidak boleh, dia ada keyakinan itu," katanya.
Gelaran Pemain Terbaik Asia ketika ini dipegang pemain dari Korea Selatan Son Heung-min, yang beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Hatrik yang dicipta menyaksikan MVP Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu, mengumpul keseluruhan 14 gol musim ini.- Gambar Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur
JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Elite (ACL Elite) 2024/25 di tempat ketiga.

AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

JDT calar ego Pohang Steelers, layak bergaya ke pusingan 16 ACL Elite
JDT menamatkan saingan kumpulan Zon Timur pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata, selepas merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas dua kali.