Seperti kata pengulas sebentar tadi, pasukan Argentina dan Belanda terlalu kuat untuk pasukan masing-masing.

Namun, hanya satu pasukan dibenarkan mara ke peringkat final dan pasukan itu ialah Argentina.

Pasukan anak buah Alejandro Sabella itu berjaya menebus maruah bolasepak Amerika Selatan apabila menewaskan Belanda 4-2 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014 di Arena Corinthians, Sao Paolo pagi tadi.

Argentina
EPA/SRDJAN SUKI

Argentina meraih kemenangan melalui penentuan penalti setelah perlawanan diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa penuh permainan.

LIHAT GALERI FOTO AKSI PERLAWANAN

Gol-gol Argentina dijaringkan oleh Lionel Messi, Ezequiel Garay, Sergio Aguero dan Maxi Rodriguez, manakala gol-gol Belanda pula dijaringkan oleh Arjen Robben dan Dirk Kuyt.

Belanda
EPA/DIEGO AZUBEL

Sepakan dari pemain Belanda, Ron Vlaar dan Wesley Sneijder berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Argentina, Sergio Romero yang seterusnya membantu pasukan Latin itu ke peringkat final untuk memburu takhta kejohanan Piala Dunia.

Di final nanti, Argentina bakal bertemu Jerman dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Ahad ini.

Sementara itu, masa penuh permainan menyaksikan kedua-dua pasukan diikat tanpa jaringan.

Kedua-dua pasukan, Argentina dan Belanda dilihat memasang benteng yang kukuh di bahagian pertahanan serta banyak menumpukan gerakan di bahagian tengah.

Belanda
(AP Photo/Natacha Pisarenko)

Mereka juga kelihatan amat berhati-hati dalam gerakan mereka, tanpa membuat sebarang percubaan yang benar-benar merbahaya di pintu gol lawan.

Keputusan penuh perlawanan, Belanda 0(2) - 0(4) Argentina.