KERAJAAN Arab Saudi dilaporkan sedang menyediakan tawaran mega untuk membawa Lionel Messi ke Liga Pro Saudi pada jendela perpindahan musim panas ini.
Penyerang itu dijangka meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) pada penghujung musim ini dengan bapanya, Jorge, dilaporkan memaklumkan keputusan kepada kelab Perancis itu sebulan lalu.
Tidak jelas ke mana destinasi seterusnya buat pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu, namun dikaitkan dengan pasukan Al-Hilal yang bersedia untuk menjadikannya pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah.
Laporan itu dikuatkan lagi selepas Messi digantung selama dua minggu oleh PSG apabila dia pergi ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab itu.
Arab Saudi berharap dapat memujuk Messi mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo ke Timur Tengah selepas pemain Portugal itu menyertai Al-Nassr tahun lalu.
Messi telah ditawarkan £320 juta (RM1.79 bilion) setahun, hampir dua kali ganda daripada £165 juta (RM924 juta) gaji Ronaldo setiap tahun di Al-Nassr.
Tawaran itu telah disediakan sejak beberapa minggu lalu ketika Messi bersiap sedia untuk membuat keputusan besar mengenai masa depannya selepas dia menjadi ejen bebas.
Bekas ketua eksekutif Manchester City, Garry Cook akan terlibat dalam berunding dalam perjanjian tersebut selepas dia dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Liga Pro Saudi pada awal tahun.
Kapten Argentina itu sebelum ini menandatangani perjanjian £25 juta (RM140 juta) setahun dengan Arab Saudi tahun lalu untuk menjadi duta pelancongan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 04 2023
Penyerang itu dijangka meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) pada penghujung musim ini dengan bapanya. - Gambar/ AP
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni
LEGENDA bola sepak Itali secara berseloroh menuduh Pep Guardiola 'merosakkan' permainan dan kerjayanya selepas memperkenalkan sistem false nine dalam bola sepak.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Luis Suarez umum persaraan
Bekas penyerang Liverpool dan Barcelona, Luiz Suarez, umum persaraan dalam arena bola sepak antarabangsa pada sidang media di Montevideo.
Argentina tidak senarai Lionel Messi dalam skuad kelayakan Piala Dunia
Messi tidak termasuk dalam skuad 28 pemain itu selepas mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan akhir Copa America bulan lalu.
Lionel Messi terlepas MLS All-Star ekoran kecederaan buku lali
Kapten Argentina itu mengalami kecederaan semasa kemenangan final Copa America ke atas Colombia pada 14 Julai.
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
Messi harap Di Maria ledak gol sebelum bersara
Lionel Messi berharap Angel Di Maria menamatkan karier antarabangsanya dengan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Copa America menentang Colombia pada Isnin.