SOLO: Malaysia menutup saingan hari terakhir Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dengan menyambar 12 butir emas, enam perak dan tujuh gangsa.
Kejayaan itu menyaksikan Kontinjen Malaysia yang dibarisi saiz kecil 70 atlet kali ini, meraih 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa, sepanjang enam hari pertandingan berlangsung selepas upacara perasmian pada 30 Julai (Sabtu) lepas.
Ia juga melebihi sasaran sekurang-kurangnya 16 pingat emas yang ditetapkan sebelum bertolak ke kota Jawa Tengah ini.
Pingat emas bersejarah gandingan Mohammad Yusshazwan Yusuf- Abu Samah Borhan dalam acara beregu lelaki tenis berkerusi roda semalam, menjadi pelengkap kejayaan kontinjen negara di Solo, apabila ini merupakan kali pertama Malaysia menjuarai acara itu di APG.
Mereka melakar sejarah selepas mengalahkan wakil Indonesia, Kevin Sanjaya-Agus Fitriadi 6-4, 6-3 mengatasi cabaran cuaca panas dan kelebihan tuan rumah di Lapangan Tenis Manahan di sini.
Di Edutorium Universiti Muhammadiyah Surakarta (UMS), kem badminton menutup kempen dengan mengutip tiga emas, satu perak dan empat gangsa.
Juara Paralimpik Tokyo 2020 Cheah Liek Hou, mempertahankan gelaran perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) selepas menewaskan Faris Ahmad Azri 21-18, 21-14.
Pemain badminton berkerusi roda Muhammad Ikhwan Ramli turut cemerlang meraih emas perseorangan lelaki WH1, serta beregu lelaki WH1-WH2 bersama gandingan Noor Azwan Noorlan.
Skuad powerlifting juga beraksi cemerlang untuk menghadirkan tiga kilauan emas - dua menerusi Nicodemus Manggoi Moses bagi acara keseluruhan dan angkatan terbaik kategori lelaki 88 kilogram (kg), manakala Bryan Junency Gustin menjuarai acara keseluruhan lelaki 80kg.
Skuad renang juga menutup kempen mereka dengan cemerlang, apabila Muhammad Nur Syaiful Zulkafli muncul juara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal), Abd Halim Mohammad ungguli acara 50m kuak dada lelaki SB8 (kecacatan fizikal).
Di lapang memanah Stadium Kota Barat, pemanah compound G. Daneshan beraksi cemerlang untuk meraih dua emas, iaitu menerusi acara berpasukan campuran bersama gandingan Nur Jannaton Abdul Jalil dan berpasukan lelaki dengan Wiro Julin.
Pasukan ping pong juga menyumbang dua pingat pada Jumaat, dengan Jennahtul Fahmi Ahmad Jennah atasi rakan sepasukan Mohd Hazlin Abdullah, untuk meraih emas acara perseorangan lelaki Kelas 11 (masalah intelektual).
Upacara penutup dijadualkan pada 7 malam, Sabtu (6 Ogos) di Stadium Manahan di sini, dengan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dijadualkan akan hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Atlet Paralimpik Negara Abu Samah Borhan (kiri) dan Mohammad Yusshazwan (kanan) mengibarkan jalur gemilang selepas memenangi perlawanan menentang Pemain Tenis Para Indonesia Kevin Sanjaya dan Agus Fitriadi dalam acara beregu lelaki tenis. - Foto BERN

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia cadang tubuh pasukan petugas perkukuh pembangunan sektor tenaga dengan Laos
Perkara itu merupakan antara topik yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hala bersama Menteri Tenaga dan Galian Laos Phoxay Sayasone.

APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

APG: Fraidden Dawan sumbang emas pertama Malaysia di Phnom Penh
Pemenang pingat emas APG edisi lepas di Solo, Indonesia itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan emas menerusi catatan 4 minit 52.60 saat.

Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.

APG: Kontinjen Malaysia terima sambutan wira
Kepulangan kontinjen Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 dari Solo, Indonesia diberi sambutan wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sukan Para ASEAN ke-11 melabuhkan tirai, jumpa lagi di Kemboja
Jokowi dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada 1,200 atlet yang menyertai temasya sukan itu.

APG: Malaysia bawa pulang 20 emas lebih berbanding sasaran 16
Kontinjen Malaysia meraih 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa, sepanjang enam hari pertandingan berlangsung.

APG: Tambahan tiga emas, tujuh perak pada hari ketiga
Selepas kejayaan menyambar 10 pingat emas pada Isnin, pemburuan emas kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 semalam agak suram, apabila hanya tiga emas diperolehi.

APG: Kem olahraga pecut awal dengan empat emas, dua perak
Skuad olahraga Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menggondol empat pingat emas dan dua perak pada hari pertama.