PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia adalah antara tersenarai bagi merebut anugerah atlet terbaik pada Anugerah 100Plus Perpaduan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) 2020/2021, pada 6 Sept ini.
Presiden SAM Norismadi Abd Manap memaklumkan selain Azizulhasni dan Zii Jia, tiga lagi calon adalah pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong serta jaguh muay thai, Rifdean Mansor.
Bagi kategori atlet para terbaik, empat atlet berpeluang merebut anugerah tersebut iaitu tiga juara Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Datuk Abdul Latif Romly (olahraga) dan Cheah Liek Hou (badminton) serta pemenang perak temasya sukan berprestij itu, Chew Wei Lun (boccia).
Dalam pada itu, Norismadi menyifatkan anugerah yang kembali dianjurkan selepas ditunda penganjurannya selama setahun susulan pandemik COVID-19, lebih menarik kerana buat julung kali menggabungkan dua edisi iaitu anugerah bagi tahun 2020 dan 2021.
Katanya hampir 200 penyertaan diterima termasuk daripada portal bagi anugerah kali ini, dengan sejumlah 17 anugerah kewartawanan bakal diberikan melibatkan lapan kategori masing-masing bagi 2020 dan 2021 serta satu penghargaan tertinggi, Anugerah Siebel.
"Turut diperkenalkan tahun ini adalah dua kategori baharu, anugerah kewartawanan sukan perpaduan dan foto perpaduan.
"Kategori anugerah perpaduan yang merupakan kerjasama antara SAM dan Kementerian Perpaduan diwujudkan kerana secara tidak langsung dapat membantu rakyat Malaysia menyedari elemen perpaduan itu sangat jelas dan nyata dalam sukan," katanya.
Beliau turut menarik perhatian anugerah kali ini menawarkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai paling tinggi dalam sejarah penganjurannya sejak 1985 iaitu sebanyak RM109,000 yang menanti pemenang.
Anugerah bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, dijangka dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan turut dihadiri Menteri Perpaduan Datuk Halimah Mohamed Sadique.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Azizulhasni dan Zii Jia antara yang tersenarai merebut anugerah atlet terbaik pada Anugerah 100Plus Perpaduan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) 2020/2021, 6 Sept ini. - Gambar fail BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Anugerah 100Plus Perpaduan SAM: Azizulhasni atau Zii Jia?
Hampir 200 penyertaan diterima termasuk daripada portal bagi anugerah kali ini, dengan sejumlah 17 anugerah kewartawanan.