KUALITI permukaan padang tidak sempurna dibimbangi menjejaskan aksi akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.
Malah, menurut Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya (UM), Afizal Abu Othman, situasi itu secara tidak langsung akan menyebabkan perebutan kejuaraan tertua bola sepak negara tersebut tidak menarik untuk disaksikan.
“Sejujurnya saya bimbang sekiranya insiden ketika Harimau Malaya menentang India semasa Kejohanan Pestabola Merdeka kembali berulang.
“Lebih malang ketika perlawanan sedang rancak berlangsung, terdapat di satu sudut lain pemain-pemain sibuk pula menampal semula rumput yang tercabut di kawasan tertentu di padang.
“Saya percaya sekiranya tiada konsert kumpulan Coldplay baru-baru ini, sekurang-kurangnya rumput akan matang 80 peratus untuk perlawanan akhir Jumaat ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Keadaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil kembali menimbulkan teka-teki menjelang final Piala Malaysia, Harimau Selatan dan skuad Penyu pada Jumaat ini.
Ia selepas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar terkini keadaan padang Stadium Nasional yang masih dalam proses baik pulih selepas rosak akibat konsert kumpulan Coldplay, baru-baru ini.
Kelihatan padang itu mengundang persoalan sama ada ia benar-benar bersedia untuk aksi final berkenaan.
Dalam pada itu, menurut Afizal lagi, permukaan padang yang sempurna antara faktor penting bagi memastikan perlawanan berjalan lancar terutama melibatkan aksi final.
Tambahnya lagi, ia juga secara tidak langsung memberikan imej tahap kesiapsediaan pihak penganjur dalam menyediakan venue terbaik kepada pasukan bertanding.
“Apa yang disuarakan TMJ (Tunku Mahkota Johor) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kebimbangannya ada asasnya kerana melibatkan perlawanan besar tambahan pula aksi Piala Malaysia.
“Andai rumput tak okey, maka berkemungkinan tak okeylah perlawanan tersebut biarpun melibatkan dua pasukan terbaik Liga Malaysia.
“Keadaan permukaan padang yang tidak berada pada tahap terbaik juga boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain-pemain, ini juga satu kerugian kepada pasukan yang masih dibelenggu masalah kecederaan pemain,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 07 2023

Penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed membaiki semula permukaan rumput semasa aksi menentang India, Oktober lalu. - Gambar Sinar Harian

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

‘Andai rumput tak okey, maka tak okeylah perlawanan’
Sekiranya tiada konsert kumpulan Coldplay baru-baru ini, sekurang-kurangnya rumput akan matang 80 peratus untuk perlawanan akhir Jumaat ini.