Anak bekas penyerang Brazil, Pele telah dihukum penjara selama 33 tahun kerana terbabit dalam pengubahan wang haram yang dijana daripada pengedaran dadah.

Menurut media Brazil, Edinho, yang pernah bermain sebagai penjaga gol untuk bekas kelab bapanya, Santos, pernah menjalani hukuman penjara di antara 2005 dan 2006 atas dakwaan pengedaran dadah.

Pada masa itu, dia mengaku yang dia seorang penagih dadah tetapi menafikan bahawa dia terlibat dalam aktiviti pengedaran.

Tetapi sekarang dia telah didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram oleh seorang hakim di Praia Grande.

Edinho, nama sebenar Edson Cholbi do Nascimento, dijangka akan membuat rayuan terhadap keputusan hakim tersebut tetapi dia perlu menyerahkan pasportnya kepada pihak berkuasa.

Edinho, 43, sedang bekerja sebagai seorang jurulatih penjaga gol buat pasukan Santos.