JELEBU: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan yang beliau campur tangan dalam urusan penentuan kontrak pemain Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) termasuk membuat keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.
Beliau menegaskan, tiada bukti untuk mengaitkan dirinya terlibat dalam urusan kontrak pemain ditambah pula pasukan NSFC kini di bawah pentadbiran dan pengurusan baharu.
"Jangan buat fitnah di bulan Ramadan. Baru dua hari berpuasa dah buat fitnah kepada saya.
"Cakap kepada dia, apa bukti saya campur tangan dalam urusan bola sepak pemain? Saya harap dengan adanya pengurusan baharu, pentadbiran baharu dan Exco baharu, ia akan berjalan dengan baik dan teratur selepas ini," katanya ditemui pada Majlis Pemuktamadan Pembinaan 27 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan Jendela Fasa 1 di Kampung Rambai Baris di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas penamatan kontrak Zaquan Adha dengan pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang didakwa mempunyai kaitan dengannya.
Tambah Aminuddin, sebagai Menteri Besar, beliau sememangnya mengharapkan segala sumber kewangan yang diterima NSFC dapat dibelanjakan dengan betul sekali gus bagi meningkatkan mutu permainan bola sepak negeri.
"Kita rasa ada negeri lebih rendah bajetnya, tapi lebih berjaya daripada Negeri Sembilan, sedangkan kita yang lebih sedikit (bajetnya), tapi tak ke mana.
"Jadi ini yang harus kita persoalkan kepada dia (Zaquan Adha) bukan dia persoalkan saya. Saya minta jangan memfitnah saya," katanya.
Sebelum ini menerusi temu bual bersama Astro Arena, Zaquan Adha meluahkan rasa kecewa atas cara penamatan kontraknya bersama Negeri Sembilan memandangkan dia hanya diutuskan sekeping surat.
"Malam Ramadan pertama, saya hanya menerima sekeping surat, kontrak saya tidak disambung.
"Saya reda, mungkin rezeki saya sampai di sini. Apabila sudah di penghujung baru dapat surat, perancangan saya jadi terjejas. Kerana mana lagi pasukan saya mahu pergi, saya mahu cari?
"Saya rasa, saya terima dengan hati terbuka bahawa rezeki saya setakat di sini bersama dengan NSFC," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 14 2024
![Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710404529_TBSAminuddinjpg.jpg)
Aminuddin berkata, tiada bukti untuk mengaitkan dirinya terlibat dalam urusan kontrak pemain. - Gambar/ Sinar Harian
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250651_ElakMaksiatPDKh.jpg)
Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
![Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738319532_AminuddinHarun.jpg)
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
![Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738329981_AminuddinHarun.jpg)
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
![Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736239883_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
![Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736239883_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.
![N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024 N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736838805_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.
![ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736239883_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.
![Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730890348_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.
![Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736239883_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.
![Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735731761_TBMUZIUMPORT.jpg)
Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.