Lagenda bola sepak negara Allahyarham Salleh Ibrahim yang meninggal dunia semalam merupakan "generasi emas" negara yang sukar ditandingi sehingga kini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemergian Allahyarham pada 12.30 tengah hari Ahad di kediamannya di Pengkalan Chepa, akibat bengkak hati, merupakan satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara.
"Allahyarham seorang pemain emas, yang dilahirkan dari negeri ini yang membina nama negara di peringkat dunia, sehingga digeruni pada eranya.
"Sudah tentu kami kehilangan seorang lagenda yang hebat dan sukar disaingi, oleh pemain generasi ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam tadi.
Salleh seorang pemain yang mewakili skuad negara di Sukan Olimpik Munich 1972, menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Landak, Pengkalan Chepa, meninggalkan seorang balu Zainon Abdullah serta enam anak.
Allahyarham dikenali sebagai pemain kental di penjuru sayap yang dilahirkan di Kedai Ketereh, Kelantan, adalah antara wira negara di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman, dengan menyumbang gol kedua pada minit ke-61 ketika Malaysia menewaskan Amerika Syarikat 3-0 di Ingolstadt pada peringkat kumpulan.
Wan Abdul Rahim berkata KAFA mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allayarham dan berterima kasih terhadap sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan bola sepak Kelantan secara lanngsung atau tidak langsung.
Sementara itu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Nama Allahyarham meniti di bibir peminat, selepas berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia pada awal 70-an apabila diberi peluang beraksi di sisi Syed Ahmad Abu Bakar, Shaharuddin Abdullah, Wan Zawawi Wan Yusoff, V Krishnasamy dan Namat Abdullah, individu-individu yang membentuk teras pasukan kebangsaan.
"Allahyarham yang selesa beraksi sama ada di sayap kanan atau kiri, mewakili Kelantan dari 1963 hingga 1972, selain Perak dari 1973 hingga 1980," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, kemuncak kerjaya Allahyarham tentu sekali apabila berganding bahu dengan Shaharuddin Abdullah dan Looi Loon Teck, selaku tiga serangkai serangan negara di Munich 1972, bahkan namanya terakam dalam sejarah sebagai seorang daripada hanya tiga pemain negara yang menjaringkan gol di Sukan Olimpik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 08 2020
Allahyarham Salleh mewakili Kelantan dari 1963 hingga 1972, selain Perak dari 1973 hingga 1980.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.