KUALA LUMPUR: Aktiviti sukan dan rekreasi individu serta berpasukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan atau perlawanan kini dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran pihak berkuasa berkaitan.
Menurut kenyataan itu, bagi penganjuran kejohanan atau pertandingan di peringkat kebangsaan seperti Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) yang melibatkan pergerakan rentas negeri, kebenaran polis adalah diperlukan.
Ia juga mesti mengikut Model Gelembung Sukan dan tanpa kehadiran penonton.
Bagi penganjuran di peringkat antarabangsa, KBS berkata ia mesti mendapat kebenaran pihaknya terlebih dahulu.
Menurut KBS, sepanjang arahan kawalan pergerakan itu, latihan pusat berfasa bagi pasukan Liga-M, MHL, STL secara 'home or camp quarantine' serta program latihan berpusat Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri secara 'camp quarantine' adalah dibenarkan.
Turut dibenarkan aktiviti berkumpulan yang dilakukan secara setempat seperti senamrobik, yoga dan tarian sukan dengan had kapasiti 50 peratus daripada kapasiti kawasan dengan kawalan penyeliaan.
Bagaimanapun, aktiviti massa yang melibatkan pergerakan dan perkumpulan ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal seperti larian ria, pacu ria, maraton dan triatlon adalah tidak dibenarkan.
Kenyataan itu menyebut bagi Sabah dan Sarawak, prosedur operasi standardnya adalah berbeza dan orang ramai disaran merujuk ke laman sesawang Majlis Keselamatan Negara untuk maklumat lanjut.
Baru-Baru ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Pulau Pinang, Johor,Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur manakala Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Putrajaya dan Labuan diletak di bawah PKPP bermula 5 hingga 18 Mac depan.
Negeri Sarawak pula terus diletak di bawah PKPB sehingga 15 Mac depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021

Pertandingan di peringkat kebangsaan seperti Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) yang melibatkan pergerakan rentas negeri, kebenaran polis adalah diperlukan. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Waspada 'bom jangka' ketika bersukan
Aktiviti sukan berkait rapat dengan tahap kesihatan, namun tanpa ilmu ia boleh menjadi 'bom jangka' yang mengundang risiko sehingga mengakibatkan kecederaan serius.

KPM proaktif jamin keselamatan pelajar melalui Kod Sukan Selamat
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa proaktif menjamin keselamatan atlet sekolah dengan penggunaan Kod Sukan Selamat dalam kalangan jurulatih dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan.

KBS bawa Muhammad Aqil temu pakar tentukan jenis prostetik - Hannah
KBS telah membawa murid OKU Muhammad Aqil Naufal Zahiran, bertemu dengan pakar untuk menentukan jenis prostetik yang diperlukan bagi membolehkannya menyertai aktiviti sukan.

Stadium Merdeka, ikonik negara dibuka semula pada suku pertama 2024
Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung apabila stadium berkapasiti 20,000 tempat duduk itu mula beroperasi di sebelah Merdeka 118.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti dan perkasa perpaduan
Mohd Azahari berkata, aktiviti sukan dapat dijadikan jambatan penghubung bagi menyatukan semua lapisan masyarakat.

Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS
Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.

KPM umum tatacara, garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenar mulai Isnin
Kebenaran itu diberikan hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja.

Johor cadang sewakan venue SUKMA 2020 untuk pelbagai aktiviti
Keutamaan adalah memastikan venue tersebut sentiasa diselenggara dengan baik selain tidak menjadikannya projek gajah putih.