KUALA LUMPUR: Pelumba berbakat negara Syarifuddin Azman menyumbang mata berharga buat pasukan Petronas Sprinta Racing setelah menamatkan perlumbaan Kejuaraan Dunia kelas Moto3 di Grand Prix (GP) Aragon di tempat ke-13, di Alcaniz, Sepanyol pada Ahad.
Terkenal dengan panggilan 'Damok', pelumba berusia 19 tahun yang bermula di kedudukan ke-21 melonjak ke kedudukan 19 di dua pusingan pertama perlumbaan.
Bersaing sengit dengan pelumba-pelumba lain, pelumba negara itu terus memperbaiki kedudukannya pada separuh perlumbaan dan kekal kompetitif hingga menamatkan perlumbaan pertamanya di pentas MotoGP dengan keputusan memberangsangkan.
Syarifuddin mengambil alih tempat John McPhee yang beralih ke Moto2 ketinggalan 9.645 saat kepada juara dari Itali Dennis Foggia mewakili pasukan Leopard Racing yang merekodkan 37 minit 53.710s.
Denis Oncu dan Ayumu Sasaki, kedua-duanya dari pasukan Red Bull KTM Tech 3 masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.
Pelumba kelahiran Selangor itu gembira kerana diberi peluang untuk beraksi buat pertama kalinya dalam MotoGP di GP Aragon.
"Ia adalah perlumbaan yang sukar tapi dalam setiap pusingan saya cuba mengikuti rapat pelumba lain, belajar dari mereka dan memintas ke depan jika ada peluang. Agak menakutkan ketika memotong pelumba-pelumba hebat kejuaraan dunia, tapi saya puas hati berjaya melakukannya," katanya dalam kenyataan.
Rakan sepasukannya Darryn Binder yang bermula di petak hadapan bagaimanapun terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan meraih sembilan mata pada GP Aragon kali ini.
Pelumba Afrika Selatan itu kekal di tempat keenam dengan 104 mata manakala Syarifuddin di kedudukan ke-28 dengan tiga mata.
Kedua-dua pelumba akan beraksi di GP San Marino pada 17 hingga 19 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Bersaing sengit dengan pelumba-pelumba lain, Damok terus memperbaiki kedudukannya pada separuh perlumbaan dan kekal kompetitif hingga menamatkan perlumbaan. - Gambar fail/Facebook Syarifuddin Azman #Damok
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Moto3: Masa depan Damok semakin kabur
Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada GP Motosikal Malaysia 2023 semalam, kian menutup peluangnya.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.
Damok serah kepada Zulfahmi tentukan masa depannya
Damok sedia sertai mana-mana pasukan, selepas pasukan MT Helmets-MSi tidak berhasrat untuk mengekalkan khidmatnya pada musim depan.
MotoGP: Damok tekad terus raih mata dalam GP Sepanyol
Syarifuddin Azman bertekad untuk mempamerkan tunggangan terbaiknya untuk mendapatkan lebih banyak mata.
Damok raih lima mata berharga di GP Argentina
Damok menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat.
Damok sedia mula musim MotoGP 2023 di GP Portugal hujung minggu ini
Syarifuddin Azman sudah bersedia untuk penampilan sulung secara musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.
Damok layak 'lebar sayap' ke Moto3 - Kasma Daniel
Potensi Damok dibuktikan dengan pencapaian beliau yang memberangsangkan dalam saingan Kejuaraan Dunia Junior GP musim ini.
Sepang 'makanan' saya - Damok
Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok mengakui cuaca hujan akan menjadi cabaran utama buatnya dalam mengejar sasaran.
GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.
Damok raih tempat kedua pada dua perlumbaan di Barcelona
Pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat kedua berganda pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Litar de Barcelona di Sepanyol, hari ini.