KUALA LUMPUR: Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand, menjadi igauan buruk buat pasangan juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pada perlawanan pertama peringkat kumpulan mereka, semalam.
Pasangan nombor empat dunia itu, sekali lagi tewas kepada juara dunia tiga kali pasangan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 12-21, 15-21 pada perlawanan Kumpulan B mereka, di Arena Nimibutr Arena, malam tadi.
Berdasarkan kepada rekod pertemuan mereka, pasangan Indonesia itu kini memenangi lapan daripada 11 pertemuan mereka.
Dengan hanya dua pasangan terbaik setiap kumpulan layak ke separuh akhir, Aaron-Wooi Yik kini perlu memenangi baki dua perlawanan peringkat kumpulan mereka iaitu menentang pasangan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China dan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark, pada Khamis dan Jumaat.
"Kami cuba mengganggu ritma permainan mereka pada set pertama, namun mereka terus dapat mengawal perlawanan, jadi kami hilang sedikit keyakinan kami," kata Aaron dalam temu bual BWF.
Wooi Yik melahirkan kekecewaannya kerana tidak dapat bangkit dari awal permainan yang perlahan bagi memberikan tentangan untuk bangkit, pada pertemuan yang dirasakan mempunyai peluang sama rata untuk menang.
Perlawanan Kumpulan A pula menyaksikan, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tewas 19-21, 16-21 kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, dan akan bertemu Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dari Korea Selatan pada Khamis.
Sementara itu, pasangan beregu campuran persendirian negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang menang pada hari pertama, dengan mengejutkan juara Olimpik Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China 23-21, 14-21, 21-16, pada perlawanan Kumpulan B.
Pasangan nombor lapan dunia itu, akan berhadapan satu lagi tugas berat apabila berhadapan pasangan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand pada Khamis, dengan kemenangan pada perlawanan itu akan mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir, sebelum menghadapi perlawanan terakhir kumpulan B, dengan beremu satu lagi pasangan Thailand Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.
Perlawanan Kumpulan A beregu campuran pula, menyaksikan wakil negara Goh Soon Huat-Shevon Lai tewas 12-21, 15-21 kepada Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia.
Kategori beregu wanita pula menyaksikan pasangan nombor sembilan dunia Pearly Tan-M.Thinaah tewas kepada pasangan ke-14 dunia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia 21-23, 19-21, dalam perlawanan Kumpulan B.
Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu, seterusnya akan berhadapan pasangan nombor satu dunia Chen Qingchen-Jia Yifan dari China pada Khamis, sebelum menamatkan perlawanan peringkat kumpulan dengan berhadapan satu lagi pasangan dari China Zhang Shu Xian-Zheng Yu, pada Jumaat.
Satu lagi wakil negara dalam beregu wanita, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pula tewas kepada Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan 18-21, 13-21, sebelum menentang pasangan tuan rumah Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Aaron-Wooi Yik kini perlu memenangi baki dua perlawanan peringkat kumpulan iaitu menentang Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China dan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark. - Facebook BAM
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Turunkan barisan terbaik di BAMTC 2025 - Razif
Ia boleh digunakan untuk menilai tahap persediaan pemain sebelum mengharungi cabaran Piala Sudirman 2025 di Xiamen dari 27 Apr hingga 4 Mei.
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua
Pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan straight set 21-13, 23-21.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal negara ke pentas akhir Terbuka India
Beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025, esok.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.