Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing Ahmad Afif Amran, sah mempertahankan gelaran selaku 'Raja Litar' bagi kategori CP150, selepas berakhir pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019, di Dataran Seri Jempol di sini, pada Ahad.
Pelumba berusia 24 tahun itu berjaya mengekalkan gelaran tersebut, selepas menduduki tempat kedua dalam saingan pada Ahad dan mengumpul keseluruhan 147 mata, sekali gus kedudukannya itu tidak dapat digugat pelumba lain dengan berbaki satu perlumbaan musim ini di Litar Sepang pada 7 dan 8 Disember depan.
Saingan pusingan ke-10 di Sepang itu bakal menyaksikan perebutan bagi kedudukan di tempat kedua antara bekas juara kategori CP115 musim 2017, Md Akid Aziz daripada pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor yang mengutip 112 mata, dan pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar, yang mengumpul 102 mata.
Ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan, Ahmad Afif amat berpuas hati dengan kejayaan itu, kerana tidak membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan musim ini.
"Sebenarnya, saya tidak membuat persiapan yang sebaiknya musim ini, namun hasil kerja keras semua dalam pasukan, saya berjaya meraih kejuaraan ini," kata pelumba kelahiran Terengganu itu.
Pada pusingan kesembilan yang berlangsung perlumbaan 20 pusingan itu, Ahmad Afif menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 15 minit 06.511 saat, di belakang Md Akid yang mencatat masa 15:05.564s.
Rakan sepasukan Ahmad Afif, Md Aiman Thiruddin di kedudukan ketiga dengan catatan masa 15:07.494s. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Sementara itu, dalam kategori CP115, pendahulu Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff daripada pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, mempamerkan tunggangan cemerlang, apabila menjarakkan saingan dengan pelumba lain sehingga ke garisan penamat.
Beliau berjaya menamatkan perlumbaan 15 pusingan dengan catatan 11:59.248s, menewaskan pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor Md Syafiq Rosli (12:00.230s), manakala pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing Md Adib Rosley, di tempat ketiga dengan masa 12:01.476s.
Abdullah Qayyum Abd Razak (AFB TECH Racing) pula mengungguli perlumbaan 12 pusingan kategori WIRA KBS selepas mencatat masa 9:44.355s, diikuti Awal M Al Fikri Yusni daripada Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing di tempat kedua (9:44.574s), dan pelumba WIRAMUDA V-FIERTECH Academy Racing, Akif Hakimi Zainuddin di kedudukan ketiga (9:45.393s)
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 18 2019
Pelumba berusia 24 tahun itu berjaya mengekalkan gelaran tersebut, selepas menduduki tempat kedua dalam saingan hari ini dan mengumpul keseluruhan 147 mata, sekali gus kedudukannya itu tidak dapat digugat pelumba lain. - Bernama
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Cub Prix: Afif makin himpit kedudukan Azroy Hakeem
Rakan sepasukan, Mohd Aiman Tahiruddin, turut menceriakan pasukan apabila melepasi garisan penamat di tempat ketiga.
Ahmad Afif juara keseluruhan CP150 Cub Prix Malaysia 2019
Pelumba itu berjaya mengekalkan gelaran tersebut, selepas menduduki tempat kedua dalam saingan pada Ahad dan mengumpul keseluruhan 147 mata.