Nor “Phoenix” Diana, ahli gusti profesional Malaysia yang berhijab telah disenaraikan dalam Forbes “30 Under 30 Asia” tahunan kelima.
Senarai itu menampilkan 300 usahawan muda, pemimpin dan pencetus perubahan di seluruh Asia, kesemuanya berumur bawah 30 tahun.
Forbes 30 Under 30 Asia Kelas 2020 menyenaraikan pemimpin cemerlang dan inovatif dengan 30 individu dipilih bagi setiap daripada 10 kategori.
Nor Diana, 20, wanita pertama memenangi kejohanan Gusti Pro Malaysia Wrestlecon (MyPW) Julai lepas terpilih di bawah kategori Sukan dan Hiburan.
Kategori lain termasuk Seni (Seni dan Gaya, Makanan dan Minuman); Kewangan dan Modal Teroka; Media, Pemasaran dan Pengiklanan; Runcit E-Dagang; Teknologi Perusahaan; Industri, Pembuatan dan Tenaga; Penjagaan Kesihatan dan Sains; Usahawan Sosial dan Teknologi Pengguna.
“Pada tahun ini yang disenarai sebagai 30 Under 30 Asia Forbes adalah mereka yang menginspirasikan keyakinan bagi menghadapi tahun yang mencabar ini,” kata Editor Forbes 30 Under 30 Asia, Rana Wehbe dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: Nor 'Phoenix' Diana pencetus wanita berhijab terlibat gusti
BACA: Hijab bukan alasan kenapa Diana tidak boleh bergusti
Wehbe mengambil perhatian bahawa wanita muda terutamanya berumur bawah 21 tahun menyerlah dalam senarai 2020 tersebut, seperti ahli gusti berhijab warga Malaysia sehingga pelawak wanita pertama Bangladesh dan usahawan sosial yang membantu para petani di Filipina untuk memperbaiki hidup mereka.
Antara yang tersenarai pada tahun ini termasuk kumpulan muzik K-pop wanita Twice dan pelakon wanita Park So-dam, daripada Korea Selatan, dikenali menerusi filem Parasite, yang telah memenangi anugerah Oscar.
Turut tersenarai adalah pemain tenis wanita nombor satu dunia Ashleigh Barty, pengasas MyraSwim, Bianca Anstiss daripada Australia serta pelumba kereta berumur 14 tahun, Juju Noda daripada Jepun.
Senarai 2020 menampilkan senarai 30 Under 30 Asia yang pelbagai, dengan melibatkan 22 buah negara dan wilayah, mewakili rantau Asia-Pasifik.
Dipilih daripada lebih 3,500 pencalonan, menerusi kajian wartawan Forbes dari seluruh rantau dan diteliti oleh veteran berpengalaman dalam industri, kumpulan individu yang terpilih ini telah mencatatkan kecemerlangan dalam industri disruptif dan dalam menangani isu global yang penting.
Kriteria bagi mereka yang tersenarai termasuk aspek kepimpinan, bagaimana mereka mewujudkan semangat keusahawanan yang sinonim dengan Forbes, dan potensi kejayaan dalam industri yang diceburi.
Faktor lain seperti inovasi, disruptif - saiz dan perkembangan usaha mereka dalam beberapa kategori - memainkan peranan dalam membuat keputusan muktamad.
Mereka yang tersenarai telah dipilih dan diteliti oleh panel hakim yang berwibawa dan terkenal dalam bidang masing-masing.
Mereka termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rakuten, Hiroshi Mikitani, Pengarah Eksekutif dan CEO HCL Corporation dan Pemegang Amanah Yayasan Shiv Nadar, Roshni Nadar Malhotra dan Rakan Kongsi Utama di INCE Capital, JP Gan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 02 2020

Nor Diana, wanita pertama memenangi kejohanan Gusti Pro Malaysia Wrestlecon (MyPW) Julai lepas terpilih di bawah kategori Sukan dan Hiburan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi
Majalah Forbes baru-baru ini telah menerbitkan satu artikel yang sangat menarik tentang Malaysia yang sewajarnya perlu diberi perhatian oleh akhbar tempatan dan juga antarabangsa.

Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.

Syed Mokhtar dahului senarai hartawan Melayu terkaya Malaysia
Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion.

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia - Forbes
Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 meningkat kepada AS$81.6 bilion, daripada AS$80.5 bilion tahun lepas.

Cristiano Ronaldo atlet dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes
Ronaldo yang memeterai kontrak dengan Al-Nassr sehingga 2025 selepas meninggalkan Manchester United menerima AS$136 juta.

Elon Musk tawar beli Twitter AS$43 bilion
Twitter mengesahkan menerima tawaran Musk dan lembaganya akan "meneliti cadangan itu untuk tindakan."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jeffrey Cheah disenarai Wira Dermawan Forbes Asia bagi kali keempat
Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dipilih sebagai antara kelompok dalam senarai Wira Dermawan Asia oleh Forbes Asia untuk kali keempat.

Rihanna kini bergelar pemuzik wanita terkaya di dunia
Bintang kelahiran Barbados itu kini memiliki kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion.

Forbes: Kekayaan 50 orang terkaya Malaysia meningkat, Robert Kuok teratas dengan RM50.3bil
Hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 menyaksikan peningkatan bagi kekayaan kolektif mereka berikutan ia menokok 14 peratus kepada hampir US$90 bilion tahun ini, selepas mencat