SHAH ALAM: Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion (RM399.82 bilion), demikian menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh Forbes Asia.
Menurut majalah perniagaan terkemuka itu, peningkatan tersebut didorong oleh kenaikan pasaran saham Malaysia sejak senarai terakhir dikeluarkan, namun diimbangi kejatuhan nilai ringgit.
Menerusi 50 senarai itu, tiga orang Melayu iaitu tokoh korporat,Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.
Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 dengan nilai kekayaan bersih, AS$1.3 bilion (RM6.23 bilion), Syed Azman berada di kedudukan ke-28, dengan AS$765 milion (RM3.7 bilion), manakala Azman yang menduduki tempat ke-32 mengumpul sebanyak AS$660 milion (RM3.2 bilion)
Senarai terbaharu itu juga turut memaparkan, Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM55.1 bilion)
Kedudukan Kuok yang meraikan ulang tahun ke-100 pada Oktober tahun lalu sebagai individu terkaya Malaysia juga bukan baharu kerana beliau telah memegang tempat teratas selama lebih daripada suku abad.
Mengisi tempat kedua ialah Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dengan nilai bersih AS$8.8 bilion (RM42.1 bilion), sedikit menurun daripada AS$10.2 bilion (RM49 bilion) tahun lalu.
Kedudukan lima teratas pula menyaksikan beberapa perubahan dengan adik-beradik Teh, yang mewarisi kepentingan dalam Public Bank daripada mendiang bapa mereka, Tan Sri Teh Hong Piow, menambah sedikit kekayaan untuk berada di tempat ketiga dengan nilai bersih AS$5.4 bilion (RM26 bilion).
Mereka menggantikan hartawan aluminium, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya, yang jatuh ke tempat kelima disebabkan harga dan permintaan untuk logam lemah menyebabkan nilai bersih mereka jatuh kepada AS$5.3 bilion (RM25.4 bilion) daripada AS$5.8 bilion (RM28 bilion) tahun lalu.
Sementara itu, antara senarai hartawan yang merekodkan untung paling ketara tahun ini ialah Tan Sri Francis Yeoh dan adik-beradik yang mengalami peningkatan terbesar dalam kedua-dua nilai dolar dan terma peratusan.
Gabungan kekayaan mereka melonjak kepada AS$4.7 bilion (RM23 bilion), lebih tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya, didorong dengan kejayaan syarikat utamanya, YTL yang bekerjasama dengan gergasi AS Nvidia bagi mewujudkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di pusat datanya di Johor Bahru. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 16 2024

Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Syed Mokhtar dahului senarai hartawan Melayu terkaya Malaysia
Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion.

Robert Kuok, Syed Mokhtar masih tersenarai individu paling kaya di dunia
Terdapat 14 orang kaya Malaysia yang dipaparkan dalam senarai jutawan sedunia Forbes bagi tahun 2019.

Syed Mokhtar bukan penulis artikel tersebar dalam media sosial, WhatsApp
Yayasan Albukhary dalam kenyataan di sini hari ini, berkata artikel itu telah memperdaya orang ramai untuk berfikir atau mempercayai bahawa Syed Mokhtar yang telah menulisnya.