KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dipilih sebagai antara kelompok dalam senarai Wira Dermawan Asia oleh Forbes Asia untuk kali keempat.
Senarai tersebut menghargai kalangan individu yang terbukti telah memaparkan komitmen peribadi dalam memperjuangkan pelbagai usaha sosial.
Dalam satu kenyataan hari ini, Sunway Group berkata Cheah merupakan dermawan kedua di Asia yang tersenarai sebanyak empat kali selepas 2019, 2015 dan 2009 serta menjadi satu-satunya rakyat Malaysia dalam senarai tahun ini.
Menurut kumpulan itu, Cheah diiktiraf di atas komitmennya terhadap pendidikan selain usaha beliau mewujudkan dana pembiayaan bernilai lebih RM1 bilion bagi memastikan Sunway Education Group meneruskan kelangsungan secara sendiri serta menawarkan lebih banyak biasiswa kepada penuntut yang layak daripada golongan berpendapatan rendah.
Sunway Group yang juga konglomerat hartanah terkemuka berkata walaupun sebahagian besar daripada tabung itu adalah daripada sumber dana peribadi Cheah, beliau turut bekerjasama dengan kerajaan membabitkan pindaan peraturan sedia ada yang mensyaratkan sesebuah yayasan mengagihkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada dana tahunan diterima pada tahun berikutnya.
"Inisiatif ini adalah tambahan kepada komitmen Cheah sebelum ini iaitu untuk menghadiahkan kesemua kepentingan peribadinya dalam Sunway Education Group yang bernilai beberapa bilion ringgit kepada Yayasan Jeffrey Cheah iaitu perusahaan sosial menumpukan pendidikan yang terbesar di Malaysia," katanya.
Pada kali ini, senarai tahunan oleh majalah kewangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menyenaraikan kelompok 15 dermawan terkemuka di serata Asia seperti Pengasas Bersama Alibaba Joseph Tsai, Pengasas Vingroup dan orang terkaya Vietnam Pham Nhat Vuong serta jutawan berstatus 'bilionaire' India Anil Agarwal.
Rakyat Malaysia yang pernah tersenarai termasuk ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary daripada kumpulan Al-Bukhary, Pengerusi Eksekutif YTL Group Tan Sri Francis Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Tan Sri Tony Fernandes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dipilih sebagai antara kelompok dalam senarai Wira Dermawan Asia oleh Forbes Asia untuk kali keempat. - Gambar fail
Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS
Profesor Dr Kuik Cheng Chwee berkata dasar tidak memihak yang pasif tidak akan berkesan di bawah pentadbiran Trump.
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.