PETINJU profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi muncul juara kategori Light Heavyweight WBC Asian Continental selepas menumbangkan jaguh Thailand, Tanawat Ketsiri menerusi kemenangan KO pada pusingan keempat di Spaceplus, Bangkok, Thailand pada Khamis.

Ternyata Adli yang lebih dikenali Adli Golden Boy, petarung berusia berusia 34 tahun memanfaatkan sepenuh pengalaman untuk mengatasi Ketsiri yang berusia 20 tahun.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong... memenangi perlawanan pada usia ini, ditambah dengan aksi pertama selepas enam bulan berehat akibat kecederaan serius, suatu yang boleh dibanggakan.

“Terima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mengikut saya ke Bangkok ini,” kata Adli Hafidz.

Sebagai rekod kali terakhir Adli beraksi enam bulan lalu ketika menang TKO ke atas peninju Indonesia, Bambang Rusiadi.


- Sinar Harian