KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan meneruskan rentak kemenangan selepas menepati ramalan mudah menjinakkan China 5-1 pada aksi kedua liga sepusingan Kejohanan Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2023 di Chennai, India malam tadi.
Namun, China terlebih dahulu mencipta kejutan pada pertembungan di Stadium Mayor Radhakrishnan itu selepas mendahului perlawanan seawal minit keempat menerusi jaringan padang Chen Chongcong.
Malaysia yang segar dengan kejayaan menewaskan Pakistan 3-1 pada Khamis, bangkit menyamakan kedudukan selepas penyerang prolifik Faizal Saari menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-11.
Giliran skuad Speedy Tigers mendahului perlawanan selepas Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-15 sebelum Muhammad Firhan Ashaari memastikan Malaysia semakin selesa selepas meledak gol padang masing-masing pada minit ke-45 dan minit ke-49.
Menghampiri masa penuh, anak buah A. Arul Selvaraj menambah derita China dengan gol kelima yang disumbangkan Najmi Farizal Jazlan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57.
Arul Selvaraj berkata anak-anak buahnya mengawal perlawanan, kedudukan padang dan pergerakan bola dengan mudah dan ringkas serta dapat menguasai seluruh pukulan sudut penalti.
"Esok (5 Ogos) adalah hari rehat, pemain akan gunakan ia untuk relaks dari segi mental, emosi dan fizikal, selain pasukan perubatan juga akan bantu mereka untuk proses pemulihan. Walaupun esok tiada perlawanan, pemain kena gunakan hari rehat dengan betul," katanya selepas perlawanan.
Malaysia yang kini berada di kedudukan teratas selepas mengumpul enam mata akan bertemu pasukan tuan rumah pada perlawanan ketiga, Ahad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023

Arul Selvaraj berpuas hati anak-anak buahnya dapat mengawal perlawanan, kedudukan padang dan pergerakan bola dengan mudah dan ringkas serta menguasai seluruh pukulan sudut penalti. - Facebook Asian Hockey Federation
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

ACT 2024: Speedy Tigers tewas 2-4 kepada China
Gawang Malaysia bolos seawal minit kesembilan menerusi jaringan sudut penalti Gao Jiesheng sebelum Muhammad Azrai Aizad menyamakan kedudukan.

Speedy Tigers perlu kekal dalam program RTG - Mirnawan
Mirnawan berkata, keputusan di Sukan Asia Hangzhou 2022 tidak sepatutnya dijadikan penilaian mutlak.

ACT 2023: Speedy Tigers jinakkan China 5-1
Gol kelima disumbangkan Najmi Farizal Jazlan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 menambah derita China.

Speedy Tigers berputih mata, tewas 1-2 kepada Korea Selatan
Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menjaringkan 13 gol, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Asia kali ini.