KUALA LUMPUR: Lebih 400 pelumba termasuk 53 pelumba para mengesahkan penyertaan ke Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2023 (ACC 2023) di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan bermula 14 hingga 19 Jun ini.
Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, China, Jepun dan tuan rumah, Malaysia merupakan negara dengan penyertaan paling ramai bagi kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 itu.
Turut mengesahkan penyertaan pelumba Taiwan, Hong Kong, India, Indonesia, Kazakhstan, Laos, Macau, Arab Saudi, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan dan Iran.
"Hampir semua negara kuasa besar seperti China, Jepun, Korea Selatan, Iran, Hong Kong, Kazakhstan dan Malaysia sudah mengesahkan penyertaan dalam semua acara yang dipertandingkan kali ini.
"Cuma saya agak terperanjat dengan penyertaan Laos, rasanya belum pernah negara itu menyertai kejohanan trek yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Ini satu perkembangan yang sangat positif kepada sukan berbasikal trek.
"Ini membuktikan disiplin trek sangat diminati di serata Asia. Saya bersedia membantu Laos sekiranya negara tersebut berdepan sebarang masalah sepanjang pelumba mereka berada di Bandar Baru Nilai," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Abu Samah, yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), percaya beberapa negara lain termasuk Nepal, Pakistan dan Myanmar juga bercadang menampilkan pelumba mereka pada kejohanan bertaraf antarabangsa itu.
"Sebenarnya masih ada negara yang berura-ura menyertai ACC 2023. Penyertaan masih terbuka dan kita berharap akan ada lagi negara yang akan menghantar borang penyertaan kepada PKBM," katanya.
Beliau berkata, India, Indonesia, Jepun, Thailand, Uzbekistan, Iran, China dan Malaysia turut menghantar penyertaan bagi kategori trek para, yang dianjurkan berselang seli dengan acara bagi pelumba normal (able-body).
Abu Samah berkata pasukan bertanding dijangka tiba di ibu negara pada hujung minggu ini, menjelang latihan yang dijadualkan bermula Ahad di Velodrom Nasional.
"Majlis pembukaan ACC 2023 akan diadakan pada 13 Jun. Acara pertama para iaitu saringan 200 meter pecut omnium bermula pada 14 Jun pukul 9 pagi, diikuti team pursuit junior wanita selepas itu," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Lebih 400 pelumba termasuk 53 pelumba para mengesahkan penyertaan ke Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2023 (ACC 2023) di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan bermula 14 hingga 19 Jun ini. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.

LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.

LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.

Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.

Impian Zulhelmi sarung jersi pasukan benua tercapai
Zulhelmi mencipta impak besar apabila muncul pelumba terbaik Asia pada peringkat keempat dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, Ipoh.

SUKMA 2024: Muhammad Hafiq tekad hadiah pingat untuk Melaka
Katanya, walaupun acara yang bakal disertainya bukan acara kegemaran, namun beliau mahu memberikan kayuhan terbaik sekali gus menaiki podium.

Sukan Olimpik Paris: Tambah berat badan jadi agenda Nurul Izzah Izzati
Tuntutan perlumbaan elit memerlukan Nurul Izzah Izzati meningkatkan kualiti ototnya jika mahu berdaya saing di samping pelumba handalan dunia.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.

Beasley jangka Nurul Izzah mampu 'meledak' sebagai pelumba bertaraf dunia
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mampu menjadi pelumba bertaraf dunia apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan.