PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich, merupakan salah seorang daripada tujuh oligarki Rusia yang dibenarkan oleh kerajaan United Kingdom pada Khamis untuk dibekukan asetnya di negara itu susulan pencerobohan berterusan ke atas negara jiran, Ukraine.
Selain dibekukan asetnya, Abramovich juga tidak dapat meneruskan usahanya untuk menjual The Blues.
Chelsea bagaimanapun telah diberikan lesen sukan khas untuk usaha berdagang sebagai sebuah kelab bola sepak, tetapi beberapa langkah telah dikenakan ke atas kelab itu termasuk larangan menjual tiket, dengan hanya pemegang tiket musim dibenarkan menghadiri perlawanan.
Kenyataan daripada kerajaan UK menambah: "Memandangkan kesan ketara sekatan hari ini terhadap kelab bola sepak Chelsea dan potensi kesan akibatnya, kerajaan pagi ini telah menerbitkan lesen yang membenarkan beberapa aktiviti berkaitan bola sepak untuk teruskan di Chelsea.
“Ini termasuk kebenaran untuk kelab itu meneruskan perlawanan dan aktiviti berkaitan bola sepak lain yang seterusnya akan melindungi Liga Perdana Inggeris, piramid bola sepak yang lebih luas, peminat setia dan kelab lain.
"Lesen ini hanya akan membenarkan tindakan tertentu yang dinamakan secara jelas untuk memastikan individu yang ditetapkan tidak dapat memintas sekatan UK.
"Lesen itu akan sentiasa disemak dan kami akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bola sepak."
Tindakan itu menyaksikan aset Abramovich dibekukan, larangan transaksi dengan individu dan perniagaan UK, larangan perjalanan dan sekatan pengangkutan dikenakan.
Kerajaan UK menambah bahawa Abramovich, yang nilai bersihnya dilaporkan berada dalam lingkungan 9.4 bilion pound, adalah 'salah satu daripada segelintir oligarki dari 1990-an yang mengekalkan kemasyhuran di bawah pimpinan Putin'.
Abramovich sebelum ini pernah bergambar dengan presiden Rusia, Vladimir Putin, dan walaupun dikatakan lelaki berusia 55 tahun itu tidak terlibat dalam politik, jurucakap pemilik The Blues mencadangkan kepada Persatuan Akhbar bahawa dia 'cuba membantu' mencapai penyelesaian damai kepada konflik di Ukraine.
Astro Arena
Fri Mar 11 2022
Selain dibekukan asetnya, Abramovich juga tidak dapat meneruskan usahanya untuk menjual The Blues. - Foto via Astro Arena
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Frank Lampard akan kembali ke Chelsea
Frank Lampard bakal menjadi pengurus Chelsea yang ke-12 dalam tempoh 16 tahun.