NORWICH CITY 2 CHELSEA 3
Tammy Abraham memberikan Frank Lampard kemenangan pertama selaku pengurus dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dua jaringannya memastikan Chelsea meraih kemenangan 3-2 ke atas Norwich City, pada Sabtu.
Penyerang yang diberikan kepercayaan semula itu membuka jaringan di Carrow Road dengan menghasilkan gol pantas pada minit ketiga sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68.
Todd Cantwell menyamakan kedudukan 156 saat susulan jaringan pertama Abraham sambil jaringan Mason Mount dan Teemu Pukki memastikan empat gol terhasil dalam babak pertama untuk kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Abraham menggantikan Olivier Giroud dalam kesebelasan utama Chelsea dan segera menghasilkan gol selepas menyudahkan hantaran lintang Cesar Azpilicueta dengan separa volley tepat.
Pendahuluan itu, bagaimanapun, hanya bertahan kurang daripada tiga minit.
Emiliano Buendia meloloskan diri daripada kawalan pertahanan lawan sebelum bergandingan dengan Pukki untuk menghaslkan hantaran yang disudahkan Cantwell dari jarak dekat.
Abraham memperoleh kepuasan berganda apabila pemain tengah, Mount, membelah pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan leret bagi menghasilkan jaringan dalam dua perlawanan berturut-turut.
Namun, tuan rumah jelas tidak terjejas dengan jaringan itu apabila Pukki menghasilkan penyudah bijak dari sudut sukar untuk menghukum kelalaian Andreas Christensen dalam membina perangkap ofsaid pada 15 minit terakhir babak pertama.
The Blues mula mempamerkan penguasaan mereka dalam babak berikutnya dan berkemungkinan berhasil menambah jaringan andai percubaan Emerson Palmieri tidak diselamatkan Tim Krul.
Tugasan untuk memastikan tiga mata Chelsea jelas dipikul oleh graduan akademi mereka apabila Abraham meloloskan diri untuk melakukan serangan balas pantas sambil menewaskan dua pertahanan lawan.
Ben Godfrey memberikan penyerang berusia 21 tahun itu terlalu banyak ruang untuk menjaringkan gol kemenangan Chelsea.
Astro Arena
Sat Aug 24 2019

Tammy Abraham (kanan) dan Mason Mount menyumbang gol untuk membantu Chelsea menewaskan Norwich City 3-2.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ibrahimovic tidak serik buat kekasaran sia-sia
Di penghujung perlawanan ketika Sweden kalah kepada Sepanyol minggu lalu, Ibrahimovic mengasak Azpilicueta hingga tersembam.

EPL: Chelsea catat kemenangan pertama di bawah Tuchel
Ini adalah perlawanan kedua buat Tuchel sejak dilantik menjadi pengendali The Blues.

EPL: Mason Mount bantu Chelsea raih kemenangan
Antonee Robinson dilayangkan kad merah kerana membuat asakan bahaya terhadap Cesar Azpilicueta.

Azpilicueta laung amaran kepada The Blues
Pemain kelahiran Sepanyol itu beraksi 90 minit berdepan kelab Kejuaraan itu dengan membantu The Blues merakamkan kemenangan 2-1 di tempat lawan.

Abraham balas kepercayaan Lampard, sumbang 2 gol tewaskan Norwich City
Abraham meledak gol kemenangan Chelsea menentang Norwich City.

#AWANIEuropa: Pemergian Hazard akan beri kesan besar buat Chelsea - Azpilicueta
Pemergian Hazard ke kelab lain adalah kehilangan besar buat pasukan Chelsea yang menang enam kejuaraan bersamanya.

Gol ofsaid bantu Chelsea raih kemenangan
Gol tidak akan dikira jika VAR digunakan dalam saingan EPL musim ini.

Peluang Chelsea ke UCL semakin tipis
Berbaki enam perlawanan dan 10 mata dibelakang kedudukan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah, harapan the Blues semakin tipis.