KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub komited menabur bakti dengan memberi penekanan kepada tata kelola baik untuk terus 'mengangkat' badan induk itu maju pada masa hadapan.
Abdul Rashid, 60, yang kekal menerajui MSN hingga April tahun depan berkata pihaknya akan mengambil inisiatif dengan mengkaji akta sedia ada untuk dipinda mengikut keperluan serta kesesuaian semasa.
Beliau turut memaklumkan perubahan prosedur operasi standard (SOP) bagi memudahkan penyaluran peruntukan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan untuk melaksanakan program pembangunan seperti podium, pelapis kebangsaan dan sebagainya antara yang menjadi keutamaan.
"Sebenarnya akta MSN ini agak lama tahun 1971, dah lebih kurang 50 tahun. Jadi kita perlu pinda supaya peruntukan dalam akta itu lebih semasa kerana peruntukan itu mungkin ada sebahagiannya agak sedikit ketinggalan.
"Contohnya semua maklum kita melibatkan diri dengan atlet para bermula 2007-2008 yang lepas jadi lebih baharu. Jadi perlu melihat kembali kita dapat merangkumi semua pihak berkepentingan tentang perkara ini," katanya.
Abdul Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga Sukan di MSN Bukit Jalil di sini malam tadi yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli Abd Halim.
Beliau tidak menolak pelantikannya semula adalah bagi memastikan kelancaran usaha dilakukan semua pihak terutamanya dengan kehadiran dua temasya besar tahun ini iaitu Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Paralimpik Paris 2024.
"...daripada tahun dulu kita dah bersedia cuma persiapan akhir ini sangat penting. Banyak persiapan dah dibuat, mungkin sebahagiannya belum sampai peringkat maksimum tapi kita menuju ke arah tersebut.
"Yang penting kita dapat menyediakan atlet dan jurulatih dalam situasi terbaik untuk memberi cabaran di peringkat tertinggi di dunia. Dan kita mengharapkan pencapaian terbaik dan kalau ada rezeki, insya-Allah mungkin kita dapatlah pingat emas itu," katanya.
Abdul Rashid mula mengemudi MSN pada 1 Nov lepas dan bersara wajib pada 1 April tahun ini namun kembali ditawarkan kontrak baharu bermula Khamis lepas hingga April tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024

Abdul Rashid mula mengemudi MSN pada 1 Nov lepas dan bersara wajib pada 1 April tahun ini namun kembali ditawarkan kontrak baharu bermula Khamis lepas hingga April tahun depan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.

MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM
Beliau berkata atlet negara mesti diberikan sokongan pada setiap masa tanpa menghiraukan keputusan sama ada mereka menang atau kalah.

Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-42 secara keseluruhan apabila meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa.

LTdL perlu lebih RM15 juta - Abdul Rashid
Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka memerlukan perbelanjaan lebih RM15 juta.

Abdul Rashid komited tabur bakti kepada MSN
Katanya, MSN akan mengambil inisiatif dengan mengkaji akta sedia ada untuk dipinda mengikut keperluan serta kesesuaian semasa.

Tiada kompromi gagal ujian doping - MSN
Abdul Rashid berkata pihaknya memandang serius isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet yang tampak masih tiada penghujungnya.

Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.