KUALA LUMPUR: Jaguh beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik amat berharap untuk disenaraikan dalam program Road To Gold (RTG) menjelang kelayakan Sukan Olimpik Paris Mei ini dan ketika ini status mereka masih belum diketahui.
Menurut Aaron, tersenarai dalam program RTG boleh membantu mereka memperbaiki prestasi yang kebelakangan ini dilihat kurang memuaskan dalam beberapa kejohanan disertai baru-baru ini.
"Sebelum ini memang ada berbincang dengan Michael (Bendahari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Michael Tang Vee Mun) untuk kita berada dalam projek RTG ini, tetapi senarai nama kami belum tahu. Kita akan bertanya lagi untuk pastikan keseluruhan program macam mana, untuk namely semua, itu juga perlu jelas.
"Saya rasa projek ini memang sudah (perlu) bermula (dengan) waktu latihan perlu ada perkhidmatan sokongan untuk sokong kita, ada jurulatih yang melatih kita dari semasa ke semasa.Dari segi fizikal (perlu) ada jurulatih kecergasan (yang) jaga kita untuk bantu apa yang kurang," katanya kepada pemberita semasa sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini.
Bulan lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan pembentukan pasukan program RTG yang dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha memburu emas sulung di Sukan Olimpik.
RTG akan memberi tumpuan kepada program persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri.
Bagaimanapun, senarai nama atlet yang bakal berada dalam program terbabit masih belum diumumkan dan dua ciri telah ditetapkan jawatankuasa RTG untuk atlet menyertainya iaitu pemenang pingat di Sukan Olimpik serta atlet yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia.
Dalam pada itu, mengulas mengenai prestasi mereka selaku gandingan nombor dua dunia, Aaron berkata beliau dan Wooi Yik sedang berbincang bersama jurulatih untuk mencari titik kelemahan yang menjadi punca mereka gagal mengekalkan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan.
"Saya rasa untuk sekarang kita boleh tengok dalam lima kategori mungkin beregu lelaki paling kompetitif. Ini bukan cakap pasangan tertentu tak konsisten, yang (menjadi) juara, kejohanan berikutnya boleh kalah juga.
"Tapi sebagai gandingan utama, (kami) tidak boleh jadikan perkara itu sebagai alasan...Kita hanya perlu tahu apa yang perlu buat dan dapatkan kunci kejayaan untuk menang kejohanan. Bagi saya bukan semua kejohanan boleh menang (kerana) kita bukan robot," katanya.
Aaron dan Wooi Yik kini sedang menumpukan persiapan untuk beraksi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang dijadual berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 25 hingga 30 April ini.
Pada Kejohanan Badminton All England 2023, Mac lepas, juara dunia 2022 itu tersingkir seawal pusingan pertama kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 18-21,21-14,13-21 selain turut kalah pada Terbuka Swiss bulan lepas selepas dikecewakan gandingan Jepun Akira Koga-Taichi Saito 21-17,16-21,17-21, pada pusingan ke-16.
Sementara itu, BAM menerusi laman rasmi Instagram mengumumkan senarai nama penuh pemain yang bakal menggalas cabaran ke BAC 2023 termasuk jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.
Turut tersenarai pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, manakala dua lagi iaitu Liew Daren dan Cheam June Wei sebagai simpanan serta bagi perseorangan wanita negara, ia dibarisi Goh Jin Wei, S. Kisona manakala pemain yang baharu menyertai BAM semula K. Letshanaa dan Tan Zhing Yi sebagai simpanan.
Bagi beregu lelaki, selain Aaron-Wooi Yik, turut disenaraikan adalah Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong, manakala beregu wanita dibarisi pemegang pingat emas Komanwel Birmingham, Pearly Than-M.Thinaah, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien selain Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan dan Cheng Su Hui-Cheng Su Yin sebagai simpanan.
Beregu campuran pula diwakili Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Goh Soon Huat-Shevon Lai, Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Tersenarai dalam program RTG boleh membantu mereka memperbaiki prestasi yang kebelakangan ini dilihat kurang memuaskan dalam beberapa kejohanan disertai baru-baru ini. - Gambar fail/ Stadium Astro

Dividen kukuh KWSP bukti kepimpinaan Kerajaan MADANI berada di landasan betul - Nga
Dividen kukuh yang diumumkan KWSP menunjukkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan MADANI berada di landasan yang betul.
10 Berita Pilihan - (1 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AADK tahan 94 penagih dadah termasuk tiga warga emas di Melaka
AADK menahan 94 lelaki termasuk tiga warga emas disyaki penagih dadah dalam Operasi Perdana yang dilaksanakan di tiga daerah di Melaka selama tiga hari bermula pada 24 Feb lepas.
AWANI Review: Struggling with Cash Flow? Real-Time Data May Be the Solution for SMEs
SMEs often face tough end-of-month decisions - pay salaries or keep operations running. What if real-time financial insights could change that? RollingPay’s Cellou Diallo and Ridzuan Aziz share how leveraging sales data can unlock better credit access, helping SMEs manage cash flow, plan ahead, and scale smarter.

Akses portal STR guna MyDigital ID bermula hari ini - LHDN
Pemohon dan penerima STR kini mempunyai alternatif untuk mengakses portal STR menggunakan MyDigital ID bagi semakan dan permohonan baharu STR bermula hari ini.

Peniaga bazar Ramadan seluruh negara siap sedia sambut pengunjung
Sehari menjelang 1 Ramadan, peniaga bazar Ramadan di seluruh negara giat membuat persiapan akhir, termasuk pemasangan kanopi dan susun atur gerai.

Kerajaan terus bela nasib veteran ATM - Adly
Kerajaan terus membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hilang upaya akibat kecederaan semasa bertugas bagi memastikan nasib anak-anak mereka tidak terabai.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
AWANI 7:45 [1/3/2025] – Dana persaraan kelima terbesar di asia | Jawatankuasa kerajaan dan pembangkang | Kehidupan di banyak negara | MCA tinggal sejarah?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-KWSP di ranking ke-13 dana persaraan terbesar dunia, umum 6.30 peratus dividen
-Kemuka cadangan tubuh jawatankuasa, peruntukan pembangkang
-Cabaran rakyat Malaysia berpuasa, rentasi sempadan dunia
-Ada usaha wujudkan hanya satu parti untuk masyarakat Cina
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-KWSP di ranking ke-13 dana persaraan terbesar dunia, umum 6.30 peratus dividen
-Kemuka cadangan tubuh jawatankuasa, peruntukan pembangkang
-Cabaran rakyat Malaysia berpuasa, rentasi sempadan dunia
-Ada usaha wujudkan hanya satu parti untuk masyarakat Cina

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

Jurulatih wanita, Jeffer Rosobin berpisah dengan BAM
Jurulatih perseorangan wanita negara, Jeffer Rosobin meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini, selepas 16 bulan bersama badan induk itu, demikian menurut kenyataan BAM hari ini.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.