BEREGU lelaki negara yang baharu mengangkat takhta juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Jepun yang dijadual membuka tirainya di Osaka pada Selasa.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, Aaron mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu dan tidak mahu mengambil risiko memburukkan lagi kecederaan itu.
“Aaron-Wooi Yik telah menarik diri daripada Terbuka Jepun. Aaron mengalami ketegangan otot di bahagian bahunya.
“Mereka baru sahaja menyertai Kejohanan Dunia dan saya tidak mahu Aaron bermain dan memburukkan lagi kecederaan.
"Tambahan pula, kedua-dua pemain terharu secara emosi dan mereka boleh menggunakan masa rehat untuk pulih,” kata Rexy.
Nama gandingan negara itu juga sudah dipadamkan dalam jadual pertandingan kejohanan bernilai RM3.3 juta itu.
BACA: Aaron-Wooi Yik perlu terus baiki kelemahan, kekal berkeyakinan tinggi - Kien Keat
BACA: PM ucap tahniah Aaron-Wooi Yik juara pertama Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia
Semalam, Aaron-Wooi yik mencipta sejarah paling bermakna buat negara apabila menamatkan penantian gelaran dunia sulung Malaysia di pentas kejohanan dunia selepas menewaskan gandingan berpengalaman dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14.
Kejayaan di bumi Tokyo, Jepun itu juga secara tidak langsung menamatkan kemarau gelaran yang dialami mereka sejak mula digandingkan bersama pada 2017.
Sejak kejohanan dunia mula dipertandingkan pada 1977, sembilan wakil negara berjaya menjejakkan kaki ke pentas final masing-masing dalam acara perseorangan lelaki sebanyak lima kali dan empat kali dalam saingan beregu lelaki.
Bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei membuat penampilan di pentas final terbanyak iaitu empat kali pada edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 diikuti Wong Choong Hann (2003) selain Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Kien Keat-Boon Heong pada 2010.
Astro Awani
Mon Aug 29 2022
![Aaron Chia-Wooi Yik tarik diri Terbuka Jepun Aaron Chia-Wooi Yik tarik diri Terbuka Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661421438_TBAARONCHIA.jpg)
Nama gandingan negara itu juga sudah dipadamkan dalam jadual pertandingan kejohanan bernilai RM3.3 juta itu. - Gambar fail
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
![Olimpik Paris 2024: Mampukah beregu lelaki sekali lagi bawa 'tuah' buat Malaysia? Olimpik Paris 2024: Mampukah beregu lelaki sekali lagi bawa 'tuah' buat Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672114810_Beregulelaki.jpg)
Olimpik Paris 2024: Mampukah beregu lelaki sekali lagi bawa 'tuah' buat Malaysia?
Acara beregu lelaki boleh dikatakan 'tuah' buat Malaysia setelah membuka akaun pingat negara sejak penyertaan pertama di Olimpik Melbourne 1956.
![Terbuka Indonesia: Jun Hao teruskan aksi cemerlang, Aaron-Wooi Yik 'pulang awal' Terbuka Indonesia: Jun Hao teruskan aksi cemerlang, Aaron-Wooi Yik 'pulang awal'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717669751_tbLeongJunHao.jpg)
Terbuka Indonesia: Jun Hao teruskan aksi cemerlang, Aaron-Wooi Yik 'pulang awal'
Leong Jun Hao menewaskan pemain ranking ke-11 dunia Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan kedua Terbuka Indonesia 2024.
![Aaron-Wooi Yik ketuai kemaraan negara di Jakarta Aaron-Wooi Yik ketuai kemaraan negara di Jakarta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717536659_AaronChiaSohWooi.jpg)
Aaron-Wooi Yik ketuai kemaraan negara di Jakarta
Aaron-Wooi Yik mengesahkan kemaraan selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Joshua Yuan, 21-14, 21-14.
![Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710629654_tbbadminton.jpg)
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
![Rexy kecewa prestasi Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee wei di Masters Malaysia 2024 Rexy kecewa prestasi Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee wei di Masters Malaysia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716694540_RexyMainaky.jpg)
Rexy kecewa prestasi Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee wei di Masters Malaysia 2024
Rexy Mainaky, kecewa apabila dua beregu negara yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan, tidak memanfaatkan peluang itu untuk merebut gelaran Masters Malaysia.
![Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714820945_PialaThomas.jpg)
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
![Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714201653_LeongJunHaomenen.jpg)
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
![Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712991891_tbBAC.jpg)
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Beregu di ranking ke-19 dunia itu menewaskan Aaron-Wooi Yik, 21-14 dan 21-18 dalam pertarungan selama 40 minit.
![Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705790789_TBbadminton.jpg)
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
![Tahniah Malaysia! Aaron-Wooi Yik mara ke final All England Tahniah Malaysia! Aaron-Wooi Yik mara ke final All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710629654_tbbadminton.jpg)
Tahniah Malaysia! Aaron-Wooi Yik mara ke final All England
Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 17 tahun kejuaraan bagi kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton All England 2024.