SIAPA yang bakal menjadi pemain yang anda pilih untuk membarisi skuad liga bola sepak fantasi Premier League anda bagi musim ini?
Kurang 24 jam sebelum musim baharu Premier League bermula, berjuta-juta pengurus fantasi di seluruh dunia sedang menyusun strategi terakhir sebelum mengesahkan pemain-pemain yang bakal dipilih.
Ramai bintang baharu boleh dijadikan pilihan seperti penjaga gol termahal dunia, Alisson Becker dari Liverpool yang datang dengan reputasi yang tinggi dan harga yang berpatutan.
Mampukah Alisson memberikan mata yang tinggi seperti yang dilakukan David De Gea kepada pengurus-pengurus pasukan liga fantasi mereka?
Kami dapatkan tip-tip daripada tiga pengurus pasukan fantasi yang di negara ini, Azmin Mohd Khalib, Adzhar Miseran dan Omar Azman.
Bagi Azmin yang menguruskan pasukan Cry Havok! bagi musim ini, Salah dari Liverpool adalah pemain wajib dipilih setiap pengurus fantasi, tidak kira pasukan mana yang disokong mereka.
Pada harga £13 juta, Salah mengutip mata terbanyak musim lalu, persembahan yang cemerlang di Piala Dunia dan juga perlawanan pra-musim, menjadikannya pilihan utama.
Senarai pemain pilihan Azmin MK, pengurus pasukan Cry Havok!
TOP 5 PEMAIN MAHAL
Aubameyang (£11 juta), FOR (ARS)
Alisson (£5.5 juta), GKP (LIV)
Salah (£13 juta), MID (LIV)
Mendy (£6 juta), DEF (MAC)
Aguero (£11 juta), FOR (MAC)
TOP 5 PEMAIN MURAH
Charlie Austin (£6 juta), FOR (SOU)
Rui Patricio (£4.5 juta), GKP (WOL)
Lucas Moura (£7 juta), MID (TOT)
Jeffrey Schlupp (£4.5 juta), DEF (CRY)
Ryan Fraser (£5.5 juta), MID (BOU)
Bagi Azmin, Alisson dan Mendy dikira mahal berdasarkan posisi mereka bermain.
Sebagai contoh, penjaga gol termahal adalah De Gea yang bernilai enam juta oleh itu nilai Alisson adalah dikira mahal.
Pengurus pasukan Team Nurin, Adzhar Miseran yang menduduki kelompok sepuluh pasukan terbaik di Malaysia, turut menyenaraikan pemain-pemain yang perlu dibeli bagi musim baharu ini.
Dua gol dijaringkan semasa perlawanan Perisai Komuniti hujung minggu lalu menjadikan Aguero pilihan ramai dan begitu juga Adzhar.
£11 juta adalah harga yang berbaloi untuk penyerang yang berada pada prestasi terbaik buat masa ini.
Selain itu bagi Adzhar, Erikssen dari Tottenham Hotspur juga penting kerana bakal memainkan watak penting dengan ketiadaan Alli dan Son pada awal musim ini.
Bagi pemain murah, penyerang Burnley, Barnes adalah pilihan bijak jika anda kekurangan bajet.
Selain itu, pemain baharu Everton, Richarlison turut menjadi pilihan Adzhar kerana merupakan kesebelasan utama buat the Toffees.
Senarai pemain pilihan Adzhar Miseran, pengurus pasukan Team Nurin
TOP 5 PEMAIN MAHAL
Aguero £11 juta, FOR (MAC)
Salah, £13 juta, MID (LIV)
Sanchez £10.5 juta, MID (LIV)
Aubameyang £11 juta, FOR (LIV)
Erikssen £9.5 juta, MID (TOT)
TOP 5 PEMAIN MURAH
Richarlison £6 juta, MID (EVE)
Tosun £7 juta, FOR (EVE)
Jota £6.5 juta, FOR (WOL)
Barnes £6 juta, FOR (BUR)
Tomkins £4.5 juta, DEF (CRY)
Seorang lagi pengurus bola sepak fantasi, Omar Azman menyenaraikan lima pemain mahal yang wajib ada dalam pasukan fantasi kami adalah Salah, Aguero, Sanchez (Man Utd) dan Kane.
Bagi Omar, Salah akan lebih menyerlah musim ini dengan pembelian pemain baharu seperti Fabinho dan Naby Keita.
Sementara itu, faktor utama pemilihan Sanchez adalah kecergasan pemain Chile itu berbanding Lukaku, Lingard, Pogba dan Rashford.
Bagi pemain yang murah pula, Wan-Bissaka dari Crystal Palace adalah pemain yang memberi peluang kepada pengurus untuk membeli pemain yang lebih mahal.
Wan-Bissaka diturunkan pada setiap perlawanan pra-musim dan pada harga 4.0 juta, ia satu pembelian yang berbaloi.
Neves pula pemain yang ditugaskan untuk mengambil penalti bagi pasukan Wolverhampton dan pada harga 5.0 juta, ia satu pembelian yang wajib.
Selain itu Cedric dari Southampton menjadi pilihan kerana jadual perlawanan yang dianggap mudah sementara Daniels dari Bournemouth adalah salah seorang pemain pertahanan yang wajib dibeli oleh pengurus pasukan fantasi kerana diramal akan terus menyumbang mata dan harga jualan mereka juga tidak mahal.
Senarai pemain pilihan Omar Azman, pengurus pasukan Redeem Team.
TOP 5 PEMAIN MAHAL
Salah £13 juta, MID (LIV)
Aguero £11 juta, FOR (MAC)
Sanchez £10.5 juta, MID (LIV)
De Bruyne £10 juta, MID (MAC)
Kane £12.5 juta, FOR (TOT)
TOP 5 PEMAIN MURAH
Wan-Bissaka £4 juta, DEF (CRY)
Cedric £4.5 juta, DEF (SOU)
Neves £5 juta, MID (WOL)
Bednarek £4 juta, DEF (SOU)
Daniels £4.5 juta, DEF (BOU)
Baiklah itu pendapat, Azmin, Adzhar dan Omar dan jika anda fikir anda lebih hebat daripada mereka, sila sertai liga fantasi Bual Bola di laman rasmi Premier League (www.premierleague.com) dan sertai liga Bual Bola Awani League dengan memasukkan kod penyertaan - 2020492-595920.
Follow @bualbola di Twitter untuk maklumat lebih lanjut.
Ian Johan Ariff
Thu Aug 09 2018
Lebih daripada separuh pengurus liga bola sepak fantasi memilih Mohamed Salah dari Liverpool sebagai salah seorang pemain pasukan mereka. - Gambar fail.
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
5 pemain yang perlu ada dalam pasukan fantasi Premier League anda
Ketahui pendapat tiga orang pakar tempatan dalam liga bola sepak fantasi Premier League tentang pemain mahal & murah yang wajib dibeli.
Bual Bola: Saat getir buat pengurus bola sepak fantasi Euro 2016
Kejohanan Euro 2016 sudahpun sampai ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada jam 3 pagi, 7 dan 8 Julai ini.