Menerusi pelbagai peringkat pemilihan sejak akhir 2014, sebanyak 480 atlet dipilih untuk mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-18, dari 17 hingga 31 Julai ini.
Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata bersama-sama 68 pegawai, kesemua 261 atlet lelaki dan 219 atlet wanita akan melaporkan diri untuk Kem Latihan Pusat, yang dijadual dari 15 hingga 17 Julai, di sini.
Beliau berkata kem itu akan memberi tumpuan dalam memantapkan aspek mental dan fizikal atlet sebelum mereka melaporkan diri di Perkampungan Sukan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 17 Julai.
"Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dijangka menyampaikan amanat dan menyerahkan bendera negeri kepada Ketua Kontinjen Sarawak pada 16 Julai," kata beliau dalam ucapan penggulungannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Daripada keseluruhan 24 jenis sukan dipertandingkan pada Sukma 2016, sebanyak 19 sukan akan berlangsung di Kuching dan Kota Samarahan, manakala dua di Sibu dan tiga acara sukan di Miri.
Jenis sukan berkenaan ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton (Sibu), berbasikal, bola sepak, hoki, karate (Miri), boling padang, golf, memanah, menembak, olahraga, silat, tenpin boling, wushu, bola tampar (Sibu), tenis, skuasy, sepak takraw (Miri), taekwondo, petanque, gimnastik, tinju dan pelayaran (Miri).
Manyin berkata kesemua gelanggang pertandingan sudah disiapkan kecuali beberapa kerja-kerja pembaikan kecil yang dijangka siap sebelum Sukma 2016 bermula.
Sementara itu, beliau berkata semua negeri sudah mengesahkan penyertaan, dengan Perak, Selangor dan Sarawak akan menyertai kesemua acara sukan, di samping Brunei juga sekali lagi akan mengambil bahagian pada temasya sukan berkenaan.
"Selepas tarikh tutup pendaftaran pada 30 April, sejumlah 5,778 individu sudah mendaftar, dengan 2,709 adalah atlet lelaki dan 1,840 atlet wanita, manakala pegawai seramai 1,229 orang," katanya.
Manyin berkata upacara pembukaan rasmi Sukma Sarawak dijadual pada 23 Julai di Stadium Sarawak, Petra Jaya, dan dijangka dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan majlis penutup temasya sukan itu pada 31 Julai.
Bernama
Wed Jun 15 2016
Daripada keseluruhan 24 jenis sukan dipertandingkan pada Sukma 2016, sebanyak 19 sukan akan berlangsung di Kuching dan Kota Samarahan. - Gambar hiasan
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.
KBS hasrat teruskan program 'skrin besar'
Ia bagi memberi akses tambahan kepada peminat tanah air menyaksikan acara sukan secara langsung.
Ratu Elizabeth II mangkat: Apa yang akan berlaku kepada acara sukan di UK?
Perlawanan bola sepak pada hujung minggu berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth hampir pasti akan dibatalkan.
Keputusan benarkan penyokong kembali ke stadium dijangka diketahui hari ini
Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh penyokong sukan tanah air terutama penyokong bola sepak, dijangka dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya.
PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11.
Sebelum 'mati' lebih baik pindah! Ahli gusti bertopeng Mexico cari cara lain teruskan perjuangan
Kewujudan mereka selama ini dianggap suatu yang 'legendary', namun pandemik COVID-19 telah mengubah segalanya.
Mengapa kecoh dengan banyak acara Sukan Olimpik di Sukan SEA Vietnam?
MOM bimbang kontinjen negara boleh kehilangan 18 pingat emas di Sukan SEA Vietnam berbanding dengan Sukan SEA Manila tahun lepas.
COVID-19: Dua perlawanan Liga Europa berlangsung secara tertutup
Kedua-dua pertemuan pada awal pagi Jumaat ini merupakan perlawanan terbaru yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Kos penganjuran LTdL 2020 sekurang-kurangnya RM20 juta
Jumlah kos tersebut mungkin meningkat lebih daripada jumlah itu, ekoran faktor logistik bagi perlumbaan di Sabah dan Sarawak.
Jelajah Semenanjung: Tiada tekanan buat pelumba negara
Perlumbaan itu akan menjadi medan persediaan dan penilaian prestasi atlet sebelum Sukan SEA Filipina, November depan.