KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi bayangan kerajaan akan memberikan kebenaran kepada penyokong kembali menyaksikan acara sukan di stadium dalam masa terdekat.
Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh penyokong sukan tanah air terutama penyokong bola sepak, dijangka dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya, hari ini.
Beliau berkata pembentangan cadangan dan prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) diterima dengan baik walaupun ada pihak yang bersikap konservatif.
"Saya tidak mahu mendahului, tetapi Insya Allah esok akan ada, seperti yang saya umumkan sebelum ini, sekurang-kurangnya 10 peratus kapasiti atau formula berasingan mengikut saiz stadium dan permulaannya di dua venue.
"Kemungkinan kawasan berstatus PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) akan menyaksikan jumlah yang jauh lebih tinggi.
"Tapi yang pentingnya saya hendak menyaksikan percubaan awal untuk merancakkan bola sepak dengan kembalinya penonton ke stadium," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pematuhan kepada SOP penganjuran Liga Hoki Malaysia (MHL) dan pelancaran logo Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) di Stadium Hoki Nasional di sini malam ini.
Reezal Merican berkata pada awalnya, pihak KBS menghadapi kesukaran untuk meyakinkan pihak MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi sekiranya proses percubaan di dua venue yang dipilih berjaya, ia akan menjadi panduan untuk venue-venue lain.
Beliau turut menasihati penonton agar mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengawal emosi serta tidak terlalu ghairah sekiranya diberi kebenaran untuk hadir ke stadium kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 17 2021

Reezal Merican memberi bayangan kerajaan akan memberikan kebenaran kepada penyokong kembali menyaksikan acara sukan di stadium dalam masa terdekat. -Gambar fail
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Kehidupan keluarga Cristiano Ronaldo terganggu oleh siri ancaman
Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya telah mengupah pengawal peribadi tambahan dan berpindah ke rumah baharu selepas menerima beberapa siri ancaman.
[TERKINI] Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika di bawah asuhannya.
AWANI Ringkas: Pemimpin politik perlu perkukuh perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sidang media mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Nokia gagal lakukan panggilan telefon pertama di bulan
Nokia Gagal Melakukan Panggilan Telefon Pertama Di Bulan
Penduduk rakam detik cemas puting beliung landa Florida, AS
Puting beliung yang melanda Florida, Amerika Syarikat menyebabkan banyak kemusnahan harta benda di sekitar beberapa buah bandar di negeri itu.
"Ingatkan Amerika sahabat kami" - Rakyat Kanada
Langkah terbaru Presiden AS, Donald Trump, yang menaikkan duti eksport Kanada telah mencetuskan kebimbangan besar di kalangan rakyat Kanada.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Dari Quebec hingga Toronto, ramai yang merasa terkesan dengan keputusan ini, yang dianggap merosakkan ekonomi dan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Ramadan: Keunikan bubur lambuk Masjid India Jalan Duke
Bubur Lambuk cukup sinonim setiap kali bulan Ramadan dengan pelbagai variasi dan cara masakan yang unik di setiap kawasan. Di Johor, keistimewaan Bubur Lambuk Masjid India Datuk Ahmad Awang atau lebih dikenali sebagai Masjid India Jalan Duke tampil dengan cita rasa tersendiri.
JDT sedia buat pelaburan untuk perkukuh pasukan - Tunku Ismail
Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bertekad untuk memperkukuh pasukan Harimau Selatan selepas tewas 0-1 kepada Buriram United dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25. Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menzahirkan perancangan baharu untuk memperbaiki skuad dan terus berbangga dengan perjuangan kelab dalam kejohanan elit Asia.

Keputusan benarkan penyokong kembali ke stadium dijangka diketahui hari ini
Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh penyokong sukan tanah air terutama penyokong bola sepak, dijangka dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya.