Lima pasukan berstatus profesional World Tour adalah antara 22 yang bakal berentap dalam edisi ke-18 kejohanan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013, yang akan memulakan cabaran dari 21 Feb hingga 2 Mac ini.
"Jelajah ini tidak pernah mencapai jumlah pasukan dari kelompok World TOur sebanyak ini sejak 2007. Ditambah dengan kualiti pasukan Pro Continental seperti Europcar yang hadir bersama Pierre Rolland, jelas kami mempunyai senarai pasukan yang terbaik dalam sedekad ini.
"Kini, tiba masa bagi pelumba untuk memperagakan persembahan dan peluang bagi pelumba dari kelompok bawahan untuk memberi cabaran kepada pasukan bertaraf World Tour," kata Ketua Pegawai Operasi LTdL Emir Abdul Jalal dalam satu kenyataan hari ini.
Pasukan Muka baharu dalam LTdL adalah bekas pasukan yang dahulu dikenali sebagai Rabobank yang kini tampil dengan nama baharu Blanco, Omega Pharma-Quick Step dan Orica-GreenEdge manakala Garmin-Sharp dan Astana kembali buat tahun kedua berturut-turut.
"Penyertaan buat tahun kedua berturut-turut sangat bermakna kepada kami. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat menghargai kualiti penganjuran kami. Mereka juga mengulangi komitmen jangka panjang dengan LTdL," kata Emir.
LTdL 2013, yang membawa slogan 'The Heat is On' atau 'Bahang Kian Terasa' akan bermula secara rasmi di Kangar pada 21 Feb dengan 10 peringkat perlumbaab dan jarak keseluruhan sejauh 1469.7 kilometer.
Jelajah ini dinaungi Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) sebagai perlumbaan berstatus 2.HC (Hors Classe) dalam kalendar UCI Asia Tour, dan ia dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Edisi ke-18 ini bukan sahaja dianggap istimewa dan bermakna kerana kembali ke tempat kelahiran penuh legenda di Pulau Langkawi, tetapi juga melibatkan dua laluan pendakian yang mencabar di Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Bernama
Mon Jan 21 2013

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.

Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.

Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.

Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.

Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.

Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.