KUALA LUMPUR: Zaman 'dominant party system' seperti ketika Barisan Nasional (BN) menguasai keseluruhan sistem politik dan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sementara parti lain sekadar pembangkang yang lemah, sudah berlalu.
Demikian tegas bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, hari ini.
Katanya, landskap politik kini berubah, susulan kemunculan gabungan parti-parti politik baharu di peringkat nasional dan wilayah, yang mengambil bahagian dalam pilihan raya dan berjaya membentuk kerajaan.
Menurutnya, sistem politik tersebut pada awalnya dilihat mampu mewujudkan kestabilan politik dan memacu pembangunan pesat negara, namun lama-kelamaan, ia menjadi semakin berpusat kepada individu yang memimpin parti dan kerajaan.
“Pada masa lalu, sistem ini dilihat mempunyai banyak kelemahan. Pemusatan kuasa berlaku dalam sebuah parti politik yang menyebabkan tidak ada semak dan imbang atau check and balance yang mencukupi dalam pentadbiran kerajaan yang diperintah oleh parti yang dominan.
“Segala keputusan hanya dibuat oleh pemimpin parti atau sebilangan orang yang menyokong pemimpin parti ini,” kata Muhyiddin, sambil menjelaskan, ahli-ahli parti di bawah sistem tersebut terpaksa akur dengan keputusan pemimpin, walaupun ia tidak semestinya betul.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ke-15 di ibu negara, hari ini.
Berucap lanjut, Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa, penyelewengan dan pelanggaran undang-undang oleh pemimpin parti juga sering berlaku, tetapi dipandang sepi pimpinan parti yang lain.
Ini kerana, katanya, mereka takut tersingkir daripada parti yang berkuasa dominan dalam kerajaan.
Pada masa sama, kata Muhyiddin, tidak ramai yang mahu mengambil risiko untuk menyatakan perkara yang betul dan benar.
“Lebih malang, ada pihak yang turut sama melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa kerana beranggapan mereka akan dilindungi selagi mana mereka menyokong pemimpin parti yang mendominasi kerajaan.
“Mereka fikir mereka boleh terlepas dan tidak akan dihukum. Kesannya, penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah terus berlaku dengan berleluasa dan dihalalkan oleh pengikut parti,” katanya lagi.
Namun, Muhyiddin berkata, dalam dunia yang semakin pesat dengan kemajuan teknologi maklumat dan rakyat yang semakin bijak berfikir serta menilai, tidak ada parti politik yang boleh kekal berkuasa secara dominan selama-lamanya.
Apatah lagi, katanya, sekiranya parti itu mengabaikan prinsip integriti dan penanggungjawaban kepada rakyat.
“Saya percaya rakyat Malaysia bijak menilai dan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti yang menggadaikan prinsip dan nilai integriti serta penanggungjawaban kepada rakyat.
Atas sebab itu, Muhyiddin berkata, sistem parti dominan telah runtuh selepas PRU14 dan BN tidak lagi menjadi kerajaan yang memerintah di peringkat Persekutuan.
Firdaus Azil
Sat Dec 04 2021
MUHYIDDIN: Sistem parti dominan pada awalnya dilihat mampu mewujudkan kestabilan, namun lama-kelamaan ia dikuasai pemimpin yang pentingkan diri. - Foto Astro AWANI
Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.
AWANI Pagi: Pasar Sera Himpunkan Usahawan PMKS Lokal
Pasar Sera disifatkan sebagai platform untuk usahawan yang terdiri daripada anak muda dan orang tempatan khususnya di Kuantan dan Pahang untuk mengetengahkan produk mereka. Untuk tahu bagaimana tercetusnya Pasar Sera ini, ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Semarakkan semangat wira badminton negara sempena PETRONAS Malaysia Open 2025
Semarakkan semangat wira badminton negara sempena PETRONAS Malaysia Open 2025, 7-12 Januari di Axiata Arena.
Selain menyaksikan aksi tangkas pemain terbaik dunia, terdapat pelbagai aktiviti dan barangan eksklusif PETRONAS untuk semua.
Ini perjuangan bersama. Ini perjuangan kita.
#PMO25
#GemilangkanLagi
#BadmintonMalaysia
#DemiMalaysia
#IniPerjuanganKita
Selain menyaksikan aksi tangkas pemain terbaik dunia, terdapat pelbagai aktiviti dan barangan eksklusif PETRONAS untuk semua.
Ini perjuangan bersama. Ini perjuangan kita.
#PMO25
#GemilangkanLagi
#BadmintonMalaysia
#DemiMalaysia
#IniPerjuanganKita
AWANI Pagi: Antara GL & ‘Pay and Claim’, Pekerja Terhimpit?
Diskusi 7.30 pagi Sabtu bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia membincangkan mengenai dilema terkini kumpulan pekerja susulan inflasi kos rawatan hospital melihat kepada isu antara surat jaminan (GL) dan bayar dahulu, tuntut kemudian (pay and claim) dilaksanakan oleh beberapa syarikat bermula 2025.
Jambatan besi keretapi lama berpotensi jadi tarikan pelancong sempena TMK 2025
Jambatan yang dibina ketika era pemerintahan British itu mempunyai nilai sejarah tersendiri yang harus diketahui umum khususnya generasi muda.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa
Lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana pada Khamis.
Kebakaran Los Angeles: Gabenor California jemput Trump ke lokasi, gesa tidak 'politikkan' tragedi
"Dalam semangat negara hebat ini, kita tidak harus mempolitikkan tragedi manusia atau menyebarkan maklumat palsu dari luar," kata Gavin Newsom.
Maduro angkat sumpah, AS tingkatkan tekanan
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, yang pemerintahannya selama hampir 12 tahun diselubungi krisis ekonomi dan sosial, mengangkat sumpah untuk penggal ketiga meskipun berdepan pertikaian pilihan raya, tekanan antarabangsa, dan ganjaran Amerika Syarikat untuk penangkapannya.
Maduro diisytiharkan menang dalam pilihan raya Julai lalu oleh pihak berkuasa pilihan raya dan mahkamah tertinggi Venezuela, walaupun butiran keputusan undi yang mengesahkan kemenangannya tidak pernah didedahkan kepada umum.
Maduro diisytiharkan menang dalam pilihan raya Julai lalu oleh pihak berkuasa pilihan raya dan mahkamah tertinggi Venezuela, walaupun butiran keputusan undi yang mengesahkan kemenangannya tidak pernah didedahkan kepada umum.
Zaman BN kuasai sistem, pembangkang sekadar parti lemah sudah berlalu - Muhyiddin
Landskap politik kini berubah, susulan kemunculan gabungan baharu yang mengambil bahagian dalam pilihan raya dan membentuk kerajaan.