Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa mendapat maklumat sahih mengenai usaha rundingan yang katanya melibatkan UMNO-DAP-Anwar.
Berikut adalah antara perkara penting yang dinyatakan beliau.
- Beliau menerima laporan wujud gerakan daripada UMNO untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.
- Rundingan itu melibatkan beberapa pimpinan tertinggi UMNO yang tidak dimaklumkan kepada parti.
- Wujud surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu adalah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
- Semakan dengan beberapa pihak mendapati surat tersebut adalah tulen.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kemelut UMNO? Mana hala tuju menjelang PRU15
BACA: Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin UMNO kepada Anwar Ibrahim
BACA: UMNO perlu putuskan mahu kerjasama dengan siapa - Hishammuddin