KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan di Sabah mengambil keputusan tidak hadir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 yang berlangsung hari ini.
Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau bersama ADUN Parti Warisan menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan RUU Bekalan Gas 2023 yang akan dibentang dalam mesyuarat tersebut selaras dengan perjuangan Parti Warisan untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 dengan sepenuhnya.
"Saya yakin kedua-dua rang undang-undang ini akan mendapat kelulusan kerana hanya memerlukan majoriti mudah.
"Namun ketidakhadiran kami pada sidang DUN hari ini adalah atas sebab perlunya untuk penubuhan secepat mungkin sebuah jawatankuasa khas bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah seperti yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengikut rekod, Parti Warisan mempunyai 19 ADUN di Sabah daripada 73 kerusi dipilih dan enam ADUN dilantik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau merestui Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.
Beliau berkata demikian ketika ditanya media sama ada beliau merestui pentadbiran Hajiji, selepas mengadakan pertemuan di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya, malam semalam bagi merungkai kemelut politik yang sedang melanda negeri ini.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jan 10 2023
Shafie berkata biarpun tidak hadir, ADUN Parti Warisan menyokong penuh RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan RUU Bekalan Gas 2023. -Foto FB @Shafie Apdal
Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi pada pemilihan parti Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Syarikat teknologi tempatan perlu kembang perniagaan
Kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini susulan pelaburan asing yang mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital negara.
Jangan jadikan insiden di Wisma Transit alasan untuk hantar pulang
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa insiden kekecohan yang berlaku melibatkan sekumpulan rakyat Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada Rabu tidak boleh dijadikan alasan utama untuk mendesak mereka pulang ke negara asal.
Malaysia utamakan permintaan Bangladesh bagi peluang pekerjaan
Malaysia akan memberi pertimbangan utama kepada permohonan pekerja Bangladesh yang kehilangan peluang akibat perkembangan politik di negara mereka.
Isu libatkan rakyat Palestin di pusat transit selesai - Duta
Kekecohan yang melibatkan rakyat Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur dengan anggota keselamatan yang tular di media sosial baru-baru ini telah diselesaikan, kata Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.
Pegawai awam dilarang buat pernyataan awam - JPA
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua pegawai awam supaya tidak membuat sebarang pernyataan awam termasuk menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh pihak kementerian atau jabatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nelayan terjatuh di perairan Batu Laut ditemukan meninggal dunia
Mangsa R. K Kesavan, 60, dijumpai oleh nelayan tempatan pada kedudukan enam batu nautika barat daya Tanjung Gabang.
Tumpuan Sabtu – 05 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kaji tambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah - Hajiji
Sabah perlu mempertimbang beberapa faktor berkaitan pemilihan kerusi Parlimen bagi memenuhi kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi di negeri itu.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
PM Anwar adakan lawatan dua hari ke Sabah
Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour.
Sabah antara enam penyumbang utama KDNK Malaysia bagi 2023 - Hajiji
Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan Sabah menyumbang 5.5 peratus kepada KDNK 2023, seiring Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.
Sabah tubuh jawatankuasa khas, pasukan petugas tangani penduduk tanpa dokumen pengenalan diri
Kerajaan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas (JKKSK) bagi menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan diri.
Kerjasama Malaysia, Brunei saling menguntungkan kedua-dua negara - Hajiji
Hajiji berkata rundingan itu juga membolehkan kedua-dua negara meneruskan dan mengukuhkan kerjasama meluas, juga memberi manfaat besar untuk hubungan antara Sabah dan Brunei.
Sabah peruntuk RM470 juta bagi pembangunan modal insan - Hajiji
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM470 juta bagi tujuan pembangunan modal insan tahun ini termasuk pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran.
Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji akui terima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah.