PONTIAN: Parti Warisan bersedia untuk menjadi pengubah keadaan sekiranya parti itu membuat keputusan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Naib Presidennya Datuk Junz Wong.
Bagaimanapun, Wong berkata perkara itu masih belum diputuskan dan tujuan beliau berada di Johor adalah untuk menilai keadaan samasa dan akan menyerahkan laporan berkenaan selewat-lewatnya hari ini kepada Presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Dia (Mohd Shafie) akan buat keputusan dalam beberapa hari sama ada kita akan bertanding di Johor atau tidak," katanya kepada pemberita di sebuah restoran di sini, malam tadi.
Ketika ditanya mengenai khabar angin sama ada Warisan akan menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH), beliau berkata setakat ini belum ada perbincangan dengan PH kerana parti belum membuat keputusan untuk bertanding dalam PRN Johor.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan Mohd Shafie akan berada di Johor pada 15 Februari dan dijangka membuat pengumuman mengenai perkara itu serta melancarkan parti Warisan Johor dan daripada majlis itu, semua orang boleh melihat sokongan pelbagai kaum terhadap Warisan.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjung Aru itu berkata, sokongan banyak pihak dapat dilihat menerusi permohonan keahlian, sekali gus menangkis dakwaan bahawa Warisan tidak akan berjaya di Semenanjung.
Setakat bulan lepas, Warisan mempunyai kira-kira 20,000 ahli daripada 85 cawangan di Semenanjung, katanya.
Terdahulu, lebih 300 ahli bahagian Bersatu Tanjung Piai termasuk ahli jawatankuasa parti itu meninggalkan parti dan mengumumkan menyertai Warisan dan Wong telah menerima borang keahlian mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
![Warisan akan putuskan dalam masa terdekat sama ada bertanding dalam PRN Johor Warisan akan putuskan dalam masa terdekat sama ada bertanding dalam PRN Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617954363_DatukJunzWong.jpg)
Datuk Junz Wong berada di Johor adalah untuk menilai keadaan samasa dan akan menyerahkan laporan kepada Presiden parti. - Bernama
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga AWANI: KDNK Jepun meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.
Niaga AWANI: Zus Coffee lancar ciri derma baharu dalam aplikasi
ZUS Coffee menjadi syarikat terbaharu yang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.
![KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
KPDN mempelawa pasar raya besar seperti Lotus's untuk membuka cawangan mereka di Sabah dan Labuan.
![Perluas Menu Rahmah ke Sabah - Warisan Perluas Menu Rahmah ke Sabah - Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675382274_MenuRahmah.jpg)
Perluas Menu Rahmah ke Sabah - Warisan
Ia satu inisiatif yang bagus bagi menawarkan lebih banyak pilihan tempat makan selain mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
![Warisan akan putuskan dalam masa terdekat sama ada bertanding dalam PRN Johor Warisan akan putuskan dalam masa terdekat sama ada bertanding dalam PRN Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617954363_DatukJunzWong.jpg)
Warisan akan putuskan dalam masa terdekat sama ada bertanding dalam PRN Johor
Datuk Junz Wong berada di Johor adalah untuk menilai keadaan samasa dan akan menyerahkan laporan kepada Presiden parti.
![Setiausaha Bersatu Tanjung Piai umum letak jawatan, bubar cawangan Setiausaha Bersatu Tanjung Piai umum letak jawatan, bubar cawangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644201204_hishamuddinbusrise.jpg)
Setiausaha Bersatu Tanjung Piai umum letak jawatan, bubar cawangan
Menurutnya, dia melihat Bersatu sudah hilang hala tuju dan disifatkan tiada masa depan.
![Warisan seru komuniti Borneo di Semenanjung tukar alamat untuk PRU15 Warisan seru komuniti Borneo di Semenanjung tukar alamat untuk PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617954363_DatukJunzWong.jpg)
Warisan seru komuniti Borneo di Semenanjung tukar alamat untuk PRU15
Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong berkata seruan berkenaan khusus kepada mereka yang sudah menetap lama di Semenanjung dan tidak berhasrat pulang ke kampung halaman untuk mengundi.
!['Saya akan mohon bajet, beli plakad untuk SB perkenalkan diri' - IGP 'Saya akan mohon bajet, beli plakad untuk SB perkenalkan diri' - IGP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41557895798_SIDANGMEDIA.jpg)
'Saya akan mohon bajet, beli plakad untuk SB perkenalkan diri' - IGP
Isu berkenaan sepatutnya tidak ditimbulkan mana-mana pihak kerana anggota polis hanya menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan.
![Kes terbaharu selesema burung di Tuaran dikesan Kes terbaharu selesema burung di Tuaran dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536076432_SelsemaBurung.jpg)
Kes terbaharu selesema burung di Tuaran dikesan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah mengesan kes terbaharu wabak penyakit selesema burung di dua buah kampung di Tuaran.Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong berkata dua kawasa
![Aktiviti perlombongan pasir di Keningau dihentikan serta-merta Aktiviti perlombongan pasir di Keningau dihentikan serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61530421665_JUNZWONG.jpg)
Aktiviti perlombongan pasir di Keningau dihentikan serta-merta
Kerajaan negeri Sabah mengarahkan supaya aktiviti perlombongan dan pengorekan pasir di sungai-sungai di Keningau dihentikan dengan serta merta.
![PKR dan DAP Sabah hampir lumpuh PKR dan DAP Sabah hampir lumpuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475401239_LajimUkin.jpg)
PKR dan DAP Sabah hampir lumpuh
Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin bersama seorang lagi pemimpin PKR iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog, Terence Siambun dan ADUN Likas, Junz Wong sebentar tadi mengisytiharkan keluar parti.