Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah mengesan kes terbaharu wabak penyakit selesema burung di dua buah kampung di Tuaran.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong berkata dua kawasan itu ialah Kampung Laya-Laya Tuaran dan Estet Kampung Ladang Tenghilan.
"Dua kawasan ini disahkan positif wabak selesema burung sejak 23 Ogos lalu, bagaimanapun hasil pemeriksaan JPV tiada ladang ternakan ayam komersil di kawasan berkenaan."
Kawasan itu hanya ternakan ayam yang dipelihara oleh penduduk kampung yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Katanya berikutan kes berkenaan JPV Sabah telah memulakan aktiviti penghapusan dan pelupusan ayam meliputi satu kilometer dari kawasan jangkitan yang bermula semalam.
Wong berkata antara kawasan yang terlibat ialah Desa Sri Taman Jaya Kampung Laya-Laya, Taman Layar Impian, kawasan perumahan Laya-Laya, ladang buaya dan Kampung Hope.
Selain itu, Tenghilan, Kampung Ladang Estet, Kampung Linsuk, Kampung Kogosingan dan Kampung Tampasak Gamaron.
Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat agar memberi kerjasama kepada JPV Tuaran dalam usaha menangani wabak berkenaan.
Pada awal Ogos lalu, Tuaran diisytiharkan sebagai kawasan wabak penyakit selesema burung selepas ujian mendapati sebuah ladang di daerah itu merekodkan keputusan positif bagi selesema burung.
-BERNAMA
Bernama
Tue Sep 04 2018
![Kes terbaharu selesema burung di Tuaran dikesan Kes terbaharu selesema burung di Tuaran dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536076432_SelsemaBurung.jpg)
Anggota daripada unit pemusnah ternakan ayam daripada Jabatan Vaterinar (JPV) Tuaran dan Kota Kinabalu siap sedia masuk ladang ternakan ayam bagi melakukan pemusnahan ternakan ayam di sebuah ladang ayam berikutan penularan selesema burung. - BERNAMA
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Kes terbaharu selesema burung di Tuaran dikesan Kes terbaharu selesema burung di Tuaran dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536076432_SelsemaBurung.jpg)
Kes terbaharu selesema burung di Tuaran dikesan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah mengesan kes terbaharu wabak penyakit selesema burung di dua buah kampung di Tuaran.Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong berkata dua kawasa