Wanita PKR mendesak kepimpinan tertinggi parti mengambil tindakan tegas terhadap Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) atas kegagalan sistem e-undi yang dilaksanakan semalam.
Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha dalam kenyataan hari ini juga berkata JPP patut digantikan dengan badan bebas seperti Bersih untuk mengendalikan proses pemilihan kali ini.
Beliau berkata amaran dan desakan oleh pimpinan dan anggota terhadap Setiausaha Agong itu berikutan sistem baharu e-undi yang dikhuatiri kemampuan, ketelusan dan kestabilannya seperti yang telah dinyatakan berkali-kali sebelum ini namun tidak diambil perhatian.
"Perkara yang dikhuatiri akan berlaku sudah terjadi dan JPP tidak bersedia langsung dengan kemungkinan kegagalan sistem itu sehingga terpaksa membatalkan proses pemilihan di beberapa negeri.
Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mewajarkan keputusan yang tegas diambil oleh kepimpinan tertinggi parti terhadap Setiausaha Agong dan JPP," katanya.
Proses pengundian bagi pemilihan PKR di empat negeri iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka ditangguh ke tarikh lain yang akan ditentukan kemudian berikutan beberapa masalah dalam sistem e-undi yang dihadapi ketika proses pengundian berlangsung di Pulau Pinang dan Kedah semalam.
Ekoran masalah itu, proses pemilihan di Kedah juga dibatalkan dan akan diadakan semula pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kata Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop semalam.
"Wanita Keadilan juga berpandangan, Setiausaha Agong harus bersifat neutral dalam urusan pengendalian pemilihan selepas ini kerana beberapa kali telah dilihat menzahirkan sokongan kepada calon yang bertanding.
Wanita mendesak kepimpinan tertinggi parti membuat keputusan serta bertindak segera bagi membetulkan kegagalan (supaya) proses pemilihan yang telus dan bersih dapat dilaksanakan," kata Haniza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 23 2018
![Wanita PKR desak kepimpinan tertinggi ambil tindakan tegas kegagalan e-undi Wanita PKR desak kepimpinan tertinggi ambil tindakan tegas kegagalan e-undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61537720613_HanizaTalha.jpg)
Haniza Talha dalam kenyataan hari ini juga berkata JPP patut digantikan dengan badan Bebas seperti Bersih untuk mengendalikan proses pemilihan kali ini.
![Nahas helikopter Jalan Lama KL-Bentong ketika mendarat - CAAM Nahas helikopter Jalan Lama KL-Bentong ketika mendarat - CAAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738818535_TBHELICRASH.jpg)
Nahas helikopter Jalan Lama KL-Bentong ketika mendarat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah helikopter di tapak pendaratan berhampiran Bentong, Pahang, pada jam 10.26 pagi Khamis.
![Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738816480_TBRONALDO.jpg)
Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.
![Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726754884_WISMAPUTRA.jpg)
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.
![Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738817735_TBPOTONGTANGAN.jpg)
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817940_TBAZAMBAKI.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
![Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725703233_durian.jpg)
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
![Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817714_TBHELICRASHjpg.jpg)
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
![Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815555_BangunanPerdanaPut.jpg)
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
![SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733744939_tbAzamBaki.jpg)
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
![PRU15: Tambah lebih banyak kerusi untuk calon wanita- Haniza Talha PRU15: Tambah lebih banyak kerusi untuk calon wanita- Haniza Talha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615363418_HANIZATALHA.jpg)
PRU15: Tambah lebih banyak kerusi untuk calon wanita- Haniza Talha
Setiausaha Wanita Parti Perikatan Nasional, Haniza Talha mencadangkan agar kerusi ditandingi calon Pilihan Raya Umum ke-14 wanita dikekalkan untuk PRU15 nanti.
![PRN Sabah: Calon wanita perlu diangkat, diketengahkan PRN Sabah: Calon wanita perlu diangkat, diketengahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71593420863_HANIZATALHA.jpg)
PRN Sabah: Calon wanita perlu diangkat, diketengahkan
Wanita perlu diangkat dan diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi memastikan keseimbangan dalam usaha membuat keputusan serta hala tuju negara.
![Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594475297_PartiKeadilanRakyat.jpg)
Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi pada Sabtu.
![PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525104626_TIANCHUA.jpg)
PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
![Kecewa Anwar langgar janji, Azmin beri bayangan tak hadir penutup Kongres Kecewa Anwar langgar janji, Azmin beri bayangan tak hadir penutup Kongres](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575713015_AnwarIbrahim.jpg)
Kecewa Anwar langgar janji, Azmin beri bayangan tak hadir penutup Kongres
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Azmin Ali mendakwa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menepati janji.
![Syarat ketat bank jejas pemilikan Rumah Selangorku Syarat ketat bank jejas pemilikan Rumah Selangorku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542974114_Rumah.jpg)
Syarat ketat bank jejas pemilikan Rumah Selangorku
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Haniza Talha berkata jumlah yang berjaya mendapatkan rumah itu agak rendah kerana berlaku kekangan pembiayaan daripada pihak bank.
![Wanita PKR syor wujudkan undang-undang keganasan wanita Wanita PKR syor wujudkan undang-undang keganasan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61537720613_HanizaTalha.jpg)
Wanita PKR syor wujudkan undang-undang keganasan wanita
Belum ada peraturan khusus yang ditetapkan, kerana apa sebaliknya hanya garis panduan menangani gangguan seksual di tempat kerja.
![Wanita PKR desak kepimpinan tertinggi ambil tindakan tegas kegagalan e-undi Wanita PKR desak kepimpinan tertinggi ambil tindakan tegas kegagalan e-undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61537720613_HanizaTalha.jpg)
Wanita PKR desak kepimpinan tertinggi ambil tindakan tegas kegagalan e-undi
Wanita PKR mendesak kepimpinan tertinggi parti mengambil tindakan tegas terhadap Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan JPP atas kegagalan sistem e-undi.
![Zuraida umum tidak akan pertahan jawatan Ketua Wanita PKR Zuraida umum tidak akan pertahan jawatan Ketua Wanita PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479120393_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Zuraida umum tidak akan pertahan jawatan Ketua Wanita PKR
Beliau dalam proses untuk menyerahkan tugas tersebut kepada timbalannya Haniza Talha.
![Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dihalang memasuki Sarawak Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dihalang memasuki Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51454058044_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dihalang memasuki Sarawak
Zuraida dijadual mengadakan pertemuan dengan bakal calon wanita PKR bagi pilihan raya Sarawak.