LUMUT: Semua pihak diminta untuk tidak melayani sindiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke atas seorang menteri yang menunggang seekor lembu dalam satu video tular baru-baru ini.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perkara berkenaan tidak seharusnya dipolemikkan kerana ia adalah usaha seorang menteri untuk mendekati rakyat.
“Jadi menteri ini kadang-kadang kita kena ‘merakyat’, jadi apa benda yang tidak sepadannya? Daripada duduk di pejabat, membuat polisi, membuat dasar, menyelesaikan tugas dalam pejabat dan sambil itu kita turun padang.
“Kadang-kadang petani, orang kampung nak tengok kita jadi macam orang kampung, jadi tak salah pun (menunggang lembu).
“Lagipun dia (Muhammad Sanusi) pun ada buat lebih daripada itu lagi. Jadi tak perlulah kita nak layanlah benda-benda (sindiran) macam itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika melakukan lawatan kerja dan pemantauan di sebuah kilang pembungkusan minyak masak di sini pada Sabtu.
Pada Jumaat, media melaporkan Muhammad Sanusi menyindir seorang menteri yang dipercayai merujuk video tular individu sama yang dirakam menunggang seekor lembu, baru-baru ini.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional turut mengaitkan tindakan menteri berkenaan dengan prestasi yang didakwanya sangat mendukacitakan.
Beliau juga dilaporkan berkata itu sepatutnya tida perlu kerana didakwa hanya mengundang dijadikan bahan jenaka rakyat.
Baru-baru ini tular media sosial video berdurasi 16 saat memaparkan seorang menteri menunggang seekor lembu yang dipercayai gimik perasmian dalam satu program.
Amirrul Rabbani
Sat Jun 17 2023
![Video tular menteri tunggang lembu: Tidak perlu layan sindiran Sanusi - Salahuddin Video tular menteri tunggang lembu: Tidak perlu layan sindiran Sanusi - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686381624_TBSALAHUDDINAYUB.jpg)
Salahuddin berkata perkara berkenaan tidak seharusnya dipolemikkan kerana ia adalah usaha seorang menteri untuk mendekati rakyat. - Fail/Bernama
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Video tular menteri tunggang lembu: Tidak perlu layan sindiran Sanusi - Salahuddin Video tular menteri tunggang lembu: Tidak perlu layan sindiran Sanusi - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686381624_TBSALAHUDDINAYUB.jpg)
Video tular menteri tunggang lembu: Tidak perlu layan sindiran Sanusi - Salahuddin
Semua pihak diminta untuk tidak melayani sindiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke atas seorang menteri yang menunggang seekor lembu dalam satu video tular.