Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan pemimpin UMNO perlu sentiasa memberikan harapan dan keyakinan bagi pembangunan rakyat, bukannya memainkan elemen menakut-nakutkan seperti yang dilakukan pembangkang.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata, permainan 'politics of fear' hanya digunakan oleh pihak yang tidak mempunyai kuasa dan bertujuan menumbangkan pemimpin di tampuk pemerintahan.
Jelas beliau, permainan politik yang berasaskan elemen ketakutan hanya akan merosakkan dan menghancurkan harapan rakyat kepada negara.
"Kita akan berkecamuk, bercelaru, tidak tentu hala, tak ada panduan tetapi UMNO akan terus memberi pengharapan kepada rakyat kerana kita telah membuktikan selama 60 tahun UMNO memerintah, kitalah parti yang telah banyak berbudi dan berjasa dan bawa perubahan kepada Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Parit di Dewan Iltizam, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, merangkap Pengerusi UMNO Negeri Perak, dan barisan kepimpinan kerajaan negeri serta ahli-ahli UMNO Bahagian Parit.
Beliau dalam pada itu juga menyokong ucapan Zambry yang menyatakan bahawa terdapat dua dimensi politik di Malaysia iaitu politik menakut-nakutkan dan politik harapan.
Katanya, rakyat sewajarnya meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada UMNO yang menerajui Malaysia selama ini.
Najib berkata, beliau tidak menafikan berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin UMNO, namun ia tidak menjadi punca utama yang menghancurkan parti.
Sebaliknya, katanya, mereka harus setia kepada parti untuk terus memberikan yang terbaik buat rakyat.
Jelasnya, pemimpin juga perlu memainkan peranan agar rakyat sentiasa memberikan kepercayaan kepada 109 bahagian UMNO di seluruh negara yang mempunyai rangka organisasi tersusun rapi selama ini.
Beliau berkata, peristiwa hitam di bawah tampuk pemerintahan pembangkang selama 11 bulan yang dialami rakyat di Perak sewajarnya menjadi iktibar kepada masyarakat setempat.
“Kita mesti lakukan usaha mendekati pengundi, turun padang, nampak muka. Jangan bila dah dekat (pilihan raya), itu tidak boleh... Selesaikan masalah rakyat, baik besar dan kecil."
Najib turut menyentuh pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) sepanjang 51 kilometer yang secara tidak langsung membantu menjana ekonomi luar bandar.
"Orang ada tanya saya buat apa Datuk lambakkan peruntukan di Lembah Klang. Ni teman nak terangkan ni, Bila kita buat projek di Kuala Lumpur, ekonomi kita bertambah. Bila ekonomi bertambah, hasil negara bertambah.
"Bila hasil bertambah, maka kita gunakan peruntukan itu untuk (disalurkan) ke luar bandar juga," katanya lagi.
Katanya, projek MRT itu antara lain akan membuka peluang kepada anak-anak muda baik dari dalam dan luar bandar untuk bersaing dengan lebih kompetitif di peringkat global.
Najib juga tegas menafikan kononnya Malaysia gagal di bawah pemerintahan UMNO sedangkan ia telah diiktiraf oleh sebuah majalah bertaraf dunia baru-baru ini.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Jul 29 2017
![UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81501310186_NajibTunRazak.jpg)
Najib disambut Ketua UMNO Bahagian Parit Datuk Zaim Abu Hassan (kanan) dan Zambry (kiri) sebaik tiba pada Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Parit di MRSM Parit hari ini. --fotoBERNAMA
![Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723221611_TBMICHELE.jpg)
Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat di Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Move Forward Party yang dibubarkan bentuk parti rakyat
Mesyuarat yang berlangsung selama lebih dua jam itu telah memilih jawatankuasa eksekutif parti baharu termasuk Natthaphong Ruangpanyawut sebagai ketua parti dan Sarayut Jailak sebagai setiausaha agung.
10 terbunuh, 35 cedera di timur Ukraine
Imej dari lokasi kejadian menunjukkan kerosakan teruk bangunan dan sebuah bas.
205 pekerja bantuan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt - UNRWA
Agensi PBB melaporkan bahawa serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza mengakibatkan korban orang awam, perpindahan orang ramai dan kemusnahan struktur kediaman dan infrastruktur awam.
EU salur €43 juta untuk gaji pihak berkuasa Palestin
Kesatuan Eropah mengumumkan sumbangan 34 juta euro untuk membantuk pihak berkuasa Palestin (PA) membayar gaji dan pencen untuk pekerja dan pesaranya di tebing barat, menurut agensi berita Palestin (WAFA).
'Jangan boikot Pestabola Merdeka' - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya tidak memboikot Pestabola Merdeka 2024.
Rafizi ajak Wan Ahmad Fayhsal berdebat
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kemas kini di laman X berkata, isu tersebut perlu dibahaskan kerana ia idea yang paling bernas mengenai ekonomi yang pernah datang daripada Perikatan Nasional (PN).
Wanita cedera diserang ketika hendak menunaikan solat
Seorang wanita cedera apabila diserang ketika di dalam tandas sebuah madrasah. Wanita berkenaan dipercayai singgah sebentar untuk menunaikan solat Zohor.
PM ucap tahniah kepada Muhammad Yunus
Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pengalaman luas yang dimiliki oleh Muhammad akan memberi jaminan untuk membimbing Bangladesh dengan bijaksana dan integriti.
![JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0 JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723220405_TBLIGASUPER.jpg)
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
![Polis tahan tiga pelajar MRSM Parit kerana membuli Polis tahan tiga pelajar MRSM Parit kerana membuli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460175272_gaduh.jpg)
Polis tahan tiga pelajar MRSM Parit kerana membuli
Polis menahan tiga pelajar lelaki Tingkatan Tiga selepas terlibat dalam kejadian memukul dan membuli dua pelajar Tingkatan Satu di MRSM Parit semalam.
![UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81501310186_NajibTunRazak.jpg)
UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib
Perdana Menteri berkata parti yang memainkan politik menakut-nakutkan ialah pihak yang tidak ada kuasa dan mahu menumbangkan tampuk pemerintahan negara.
![Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460175272_gaduh.jpg)
Kes buli: 10 pelajar MRSM Parit ditamatkan pengajian - Ahmad Jazlan
Sepuluh pelajar MRSM Parit, Perak yang terlibat dalam kes buli enam pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan ditamatkan pengajian berkuat kuasa semalam.
![MARA gantung lima pelajar terlibat dalam kes buli di MRSM Parit MARA gantung lima pelajar terlibat dalam kes buli di MRSM Parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471270325_sleepingstressbu.jpg)
MARA gantung lima pelajar terlibat dalam kes buli di MRSM Parit
Majlis Amanah Rakyat (MARA) memandang serius kes seorang pelajar Tingkatan 2 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit yang dibuli oleh lima pelajar senior di asrama maktab berkenaan pada minggu lepas.